Pengeluaran awal berbanding pengurusan jangkaan bagi kateter vena pusat pada neonat yang menghidapi jangkitan aliran darah

Soalan kajian: Pada bayi baru lahir dengan jangkitan aliran darah yang mempunyai kateter vena pusat, adakah pengeluaran kateter awal mengurangkan risiko komplikasi, termasuk kematian dan kehilangupayaan jangka panjang?

Latar belakang: Jangkitan aliran darah adalah satu komplikasi kerap dan berbahaya untuk bayi yang baru lahir yang mempunyai kateter vena pusat (satu kanula yang menjangkau beberapa sentimeter ke dalam saluran darah bayi). Jangkitan aliran darah mungkin menyebabkan kematian dan kurang upaya. Apabila bayi mendapat jangkitan aliran darah, doktor perlu membuat keputusan samada mengeluarkan kateter. Walaupun kateter boleh menyediakan laluan selamat untuk menyampaikan ubat-ubatan dan pemakanan, ia juga boleh menjadi tempat untuk menjangkiti organisma berkembang dan menyebabkan jangka panjang atau jangkitan yang lebih teruk.

Ciri-ciri pembelajaran/keputusan utama: Kami tidak menjumpai apa-apa ujian terkawal rawak yang menangani soalan ini.

Rumusan: Tiada data kajian yang didapati untuk membantu doktor menangani dilema klinikal biasa ini. Oleh kerana potensi untuk manfaat dan bahaya, kajian seperti ini diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College).Disunting oleh Ernie Yap (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save