Cordyceps sinensis (ubat tradisional Cina) untuk merawat penyakit buah pinggang kronik

Orang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD) mengalami kehilangan fungsi buah pinggang yang berlaku secara beransur-ansur. Cordyceps (Cordyceps sinensis), yang kadang-kadang dikenali sebagai 'Chinese caterpillar fungus' digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina untuk merawat pesakit dengan CKD. Kami telah menjalankan ulasan ini untuk menyiasat jika Cordyceps adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk orang yang menghidap CKD.

Kami telah mencari kajian-kajian yang diterbitkan sehingga April 2014 dan menilai bukti daripada 22 kajian yang dijalankan di China. Kajian-kajian tersebut melibatkan 1746 orang dengan CKD yang menerima Cordyceps sebagai sebahagian daripada rawatan mereka.

Kami mendapati beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Cordyceps yang diberi sebagai tambahan kepada perubatan konvensional Barat boleh memberi manfaat dalam meningkatkan fungsi buah pinggang dan menangani beberapa komplikasi. Walau bagaimanapun, kualiti bukti didapati lemah, dan tiada kesimpulan muktamad yang boleh dibuat tentang Cordyceps untuk orang dengan CKD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my

Tools
Information