Sokongan pemakanan untuk pesakit yang menghidapi penyakit hati

Pesakit dengan penyakit hati khususnya sirosis hati dekompensasi secara umumnya mempunyai masalah pengurangan berat badan dan atrofi otot. Adalah diketahui bahawa pesakit tersebut mempunyai ramalan penyembuhan yang buruk jika berbanding dengan pesakit yang menghidapi penyakit hati dekompensasi tanpa pengurangan berat badan atau atrofi otot. Jika masalah tersebut adalah disebabkan oleh kekurangan nutrien, pemberian nutrien yang tertentu dipercayai akan menyebebkan ramalan penyembuhan yang lebih baik. Nutrien selain daripada makanan, atau semasa makanan tidak diambil dalam kuatiti yang cukup, ia dapat diberikan dengan cara dimana pesakit secara sukarela mendapatkannya dengan meminumi pelbagai nutrients formula. Nutrien juga boleh diberikan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam urat (nutrien parenteral) atau gastrousus (nutrien enteral) dan larutan nutrien dimasukkan ke dalam badan melalui tiub secara infusi. Semua nutrien yang diberikan melibatkan kos yang tertentu dan boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi seperti muntah, cirit-birit dan gangguan metabolisme badan(contoh, gula tinggi pada darah). Jadi, ia amatlah penting untuk memastikan bahawa pemberian nutrien (dalam bentuk selain daripada secara makanan) akan memberi kesan klinikal yang lebih baik. Oleh sebab kajian klinikal secara rawak merupakan cara yang terbaik untuk pengesahan ini, di mana pesakit akan diasingkan secara rawak sama ada mengambil atau tidak mengambil salah satu rawatan ini, kajian sistematik ini dijalankan untuk mengenalpasti dan meringkaskan maklumat ini. Kajian-kajian rawak yang membandingkan pesakit penyakit hati yang menerima nutrien parenteral, nutrien enteral atau nutrien sampingan secara oral dengan pesakit yang sama tanpa menerima sebarang rawatan telah dikumpulkan. Ketiga-tiga intervensi nutrien telah dipertimbangkan secara berasingan. Selain itu, dalam setiap kategori intervensi nutrien, pesakit dengan masalah perubatan umum dan pesakit dengan masalah pembedahan telah dibandingkan secara berasingan. Jadi, terdapatlah enam kategori yang dikaji iaitu pesakit perubatan yang menerima atau tidak menerima nutrien parenteral, pesakit pembedahan yang menerima atau tidak menerima nutrien parenteral, pesakit perubatan yang menerima atau tidak menerima nutrien enteral, pesakit pembedahan yang menerima atau tidak menerima nutrien enteral, pesakit perubatan yang menerima atau tidak menerima nutrien sampingan secara oral dan pesakit pembedahan yang menerima atau tidak menerima nutrien sampingan secara oral. Keputusan yang dinilai merangkumi kematian, morbiditi hati (asites, pendarahan gastrousus, ensefalopati), kualiti kehidupan, kesan-kesan negatif, jangkitan kuman, kos, tempoh rawatan di hospital, jaundis, komplikasi pascabedah (hanya untuk kajian bedah) dan kesan-kesan nutrien seperti berat badan. Sebanyak 37 kajian rawak yang didapati. Semua kecuali satu kajian mempunyai ralat sistematik yang tinggi (bias, anggaran kebaikan yang berlebihan dan anggaran kemudaratan yang rendah). Semasa semua data kajian yang terlibat dirumuskan, kebanyakkan kajian gagal menunjukkan perbezaan antara intervensi. Sesetengah kajian menunjukkan perbezaan yang ketara. Perbezaan tersebut merangkumi: 1) nutrien parenteral mengurangkan bilirubin dalam serum dengan lebih cepat dan meningkatkan nutrien (keseimbangan nitrogen) dalam pesakit perubatan dengan jaundis, dan mungkin dapat mengurangkan komplikasi-komplikasi pascabedah; 2) nutrien enteral mungkin dapat membawa kesan yang baik dari segi keseimbangan nitrogen dalam pesakit perubatan dan mengurangkan komplikasi-komplikasi pascabedah; dan 3) nutrien sampingan mengurangkan kejadian asites dan juga mungkin dapat mengurangkan jangkitan kuman. Di samping itu, nutrien sampingan (terutamanya yang mengandungi asid amino rantai bercabang) mungkin dapat membantu pesakit yang mempunyai ensefalotpati. Penggunaan nutrien sampingan tidak mempunyai kesan yang ketara pada pesakit pembedahan Oleh sebab kajian yang dijalankan mempunyai kekurangan dalam metodologi, manfaat-manfaat yang didapati bukannya semestinya wujud dan mungkin mempunyai anggaran yang berlebihan tentang manfaat-manfaat tersebut. Selain itu, disebabkan terlalu kurang pesakit yang menyertai kajian dan kekurangan kesan yang dikaji, kedua-dua keputusan yang signifikan dan tidak signifikan tidak dapat disingkirkan. Informasi yang didapati tidak boleh digunakan sebagai panduan untuk mengambil nutrien sampingan dalam hidupan harian. Kita memerlukan kajian yang dirancang dan dilaksanakan dengan lebih sistematik untuk menunjukkan terapi tersebut berkesan

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wai Sheng Cheong (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi wilson_cws8888@hotmail.com atau chanmw@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save