Ubat sistemik untuk pencegahan sakit kronik selepas pembedahan

Kesakitan yang berkaitan dengan pembedahan umumnya sembuh dalam masa satu hingga dua minggu, namun dalam sesetengah keadaan, pesakit yang menjalani pembedahan mengalami kesakitan berpanjangan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun selepas prosedur pembedahan. Para penyelidik telah mengkaji keupayaan pelbagai ubat rawatan untuk mencegah perkembangan sakit kronik selepas pembedahan dan ulasan sistematik ini menilai kajian yang diterbitkan dalam bidang ini. Kajian sedia ada menunjukkan kesan sederhana ketamine, berbanding plasebo, untuk pencegahan sakit kronik selepas pembedahan, namun saiz kajian yang kecil boleh membawa kepada anggaran kesan yang berlebihan. Kajian ubat-ubatan lain seperti gabapentin dan pregabalin tidak menunjukkan kesan pencegahan kesakitan yang sama. Kajian lanjut lebih besar menggunakan kaedah penyelidikan yang lebih baik diperlukan untuk mengenal pasti rawatan yang bermanfaat untuk mencegah sakit kronik selepas pembedahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my

Tools
Information