Rejimen tiga nucleoside berasaskan Abacavir untuk terapi penyelenggaraan bagi pesakit HIV

Pemudahan rejimen boleh di definis sebagai perubahan dalam terapi yang sudah terbukti berkesan untuk mengurangkan beban pengambilan pil dan kekerapan dos, meningkatkan toleransi, atau untuk mengurangkan keperluan makanan dan cecair tertentu. Ramai pesakit yang menjalani terapi antiretroviral 'suppressive' boleh dipertimbang sebagai calon untuk strategi pemudahan, termasuklah mereka yang telah mencapai 'suppression' virologi. Kami telah menyemak kajian-kajian klinikal untuk menilai keberkesanan dan keselamatan gabungan tiga nucleoside yang mengandungi abacavir sebagai terapi pemudahan bagi pesakit dewasa HIV yang telah dirawat dengan rejimen yang mengandungi Protease-Inhibitor (PI) dan juga pesakit yang mempunyai beban virus yang tidak dapat dikesan. Pesakit yang menggunakan rejimen yang mengandungi PI ada tiga kemungkinan: teruskan rejimen PI atau tukar kepada rejimen pengekalan pemudahan dengan gabungan tiga nucleoside (abacavir-zidovudine-lamivudine) atau dengan rejimen yang mengandungi bukan-nucleoside (efavirenz or nevirapine). Ulasan ini merangkumi lapan kajian rambang terkawal dan 1675 pesakit yang dijangkiti HIV. Pemudahan dengan regimen tiga nucleoside menunjukkan kadar kegagalan keseluruhan setanding dengan meneruskan regimen PI atau pemudahan menggunakan rejimen bukan nucleoside. Kadar kegagalan akibat kesan sampingan dengan gabungan tiga nucleoside adalah lebih rendah berbanding dengan kumpulan kawalan, tetapi perbezaan itu tidak signifikan secara statistik. Sebaliknya, kadar kegagalan virologi adalah lebih kerap dengan menggunakan gabungan tiga nucleoside berbanding dengan PI atau NNRTI (bukan nucleoside); tetapi perbezaan tidak signifikan secara statistik dalam kedua-dua perbandingan. Pemudahan dengan menggunakan abacavir mempunyai kesan yang baik dan signifikan ke atas metabolisme lemak berbanding dengan kumpulan kawalan. Pemudahan dengan menggunakan rejimen tiga nucleoside harus dipertimbangkan untuk individu yang tidak dapat bertahan atau mempunyai kontraindikasi kepada rejimen berdasarkan NNRTI (bukan neucloside) atau PI.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College).Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information