Kortikosteroid sebagai rawatan sendirian atau tambahan untuk sakit tekak.

Sakit tekak adalah keadaan yang biasa. Pesakit sering menerima antibiotik untuk sakit tekak, yang dianggap menyumbang kepada rintangan terhadap antibiotik dalam individu dan komuniti. Sakit tekak adalah menyakitkan kerana keradangan pada lapisan pada tekak. Kortikosteroid mengurangkan keradangan dan disebabkan mereka juga bertindak pada saluran pernafasan atas dalam keadaan lain, ia mungkin juga berfaedah untuk sakit tekak.

Ulasan sistematik ini merangkumi keputusan dari 8 kajian yang merujuk kepada soalan ini, dengan seramai 743 peserta. Pesakit yang mengambil kortikosteroid tiga kali lebih berkemungkinan untuk sembuh daripada gejala sakit tekak mereka dalam masa 24 jam berbanding pesakit yang mengambil plasebo. Tambahan lagi, kortikosteroid mengurangkan masa untuk mulai melegakan gejala dan masa untuk sembuh daripada gejala, walaupun kajian tidak konsisten dengan penemuan ini. Kesan sampingan dan kadar berulang tidak berbeza untuk kortikosteroid berbanding kumpulan plasebo. Ulasan ini terbatas pada ketiadaan kajian di Eropah dan hanya 2 kajian dijalankan terhadap kanak-kanak. Kajian yang terlibat memberi antibiotik kepada semua peserta, maka kami mencadang kajian pada masa depan perlu mengkaji kebaikan kortikosteroid pada pesakit yang tidak mengambil antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save