Intervensi untuk mengurangkan paras homocysteine plasma dalam penerima pemindahan buah pinggang

Orang dengan tahap homocysteine yang tinggi mempunyai kadar penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai paras homocysteine dalam julat yang normal. Penerima pemindahan buah pinggang mempunyai kadar peristiwa penyakit kardiovaskular lebih tinggi daripada populasi umum. Ulasan ini bertujuan untuk menentukan sama ada terapi mengurangkan homocysteine berkesan mengurangkan kadar peristiwa kardiovaskular dalam penerima pemindahan buah pinggang. Satu kajian telah mengenalpasti bahawa 4110 peserta dewasa dengan pemindahan buah pinggang yang berfungsi dibahagikan secara rawak kepada pengurangan homocysteine dengan asid folik dan dos tinggi multivitamin atau dos multivitamin rendah dan mereka diiikuti selama tempoh purata empat tahun. Walaupun ia berkesan merendahkan paras homocysteine, tidak terbukti mempunyai manfaat dalam pelbagai jenis peristiwa kardiovaskular. Begitu juga tiada bukti yang menyebabkan bahaya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information