Kaedah-kaedah pemakanan buatan menerusi saluran tiub untuk pesakit kanser kepala dan leher yang mendapat rawatan radioterapi, kemoterapi ataupun kedua-duanya.

Pesakit kanser kepala dan leher berisiko untuk mendapat malnutrisi semasa menerima rawatan radioterapi akibat kesan sampingan rawatan tersebut. Mereka juga mungkin memerlukan pemakanan dari tiub untuk memenuhi keperluan pemakanan.

Pemakanan tiub boleh diberikan sama ada melalui tiub nasogastrik, iaitu tiub halus yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut, ataupun melalui tiub gastrostomi yang dimasukkan melalui kulit abdomen secara terus ke dalam perut. Kedua-dua kaedah ini membolehkan penghantaran nutrisi secara terus ke dalam perut.

Pemakanan melalui tiub adalah sangat penting untuk pesakit kanser kepala dan leher kerana kekurangan zat makanan boleh menyebabkan prognosis yang kurang baik bagi kumpulan pesakit ini. Namun, masih ada perdebatan mengenai kaedah pemakanan tiub yang memberikan keputusan bermanfaat seperti faedah pemakanan dan kualiti hidup, serta melewatkan pengunaan rawatan radioterapi.

Menerusi analisis penerbitan yang ada, hanya satu ujian klinikal yang layak untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini. Namun, penulis ulasan ini tidak mendapat mana-mana bukti yang menyokong penggunaan salah satu kaedah pemakanan tiub jika dibandingkan dengan kaedah lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Afiq Mohd Slim (Northern Ireland Medical and Dental Training Agency (NIMDTA), Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi chain1993@gmail.com. Disunting oleh Gan Siew Hua (Universiti Sains Malaysia).

Tools
Information