Intervensi untuk merawat gigi kekal hadapan yang rosak dan telah bercantum dengan tulang.

Soalan ulasan

Ulasan ini dibuat untuk menilai keberkesanan pelbagai rawatan gigi kekal hadapan yang rosak dan telah bercantum dengan tulang (gigi hadapan terankilos)

Latarbelakang

Kadangkala gigi boleh bercantum dengan tulang rahang selepas kecederaan, misalnya gigi terhantuk dan tertolak ke dalam tulang rahang.Percantuman ini dipanggil ankilosis.Kerapkali akar gigi terankilos diresorb oleh tubuh dan diganti oleh tulang di sekelilingnya.Bagi beberapa individu, hal ini boleh menyebabkan gigi terankilos tertanggal.Gigi-gigi terankilos tidak tumbuh bersama pertumbuhan tulang rahang biasa, dan boleh bergerak secara perlahan jika kecederaan berlaku semasa zaman kanak-kanak. Rawatan terbaik untuk gigi terankilos adalah tidak jelas, lantaran kami membuat ulasan ini.

Ciri-ciri kajian

Penulis dari Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane mengulas kajian sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 3 Oktober 2015. Tidak terdapat kajian yang memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini.

Keputusan utama dan kualiti bukti

Ulasan ini tidak mendapati bukti semasa bertahap tinggi bagi membandingkan keberkesanan pelbagai kaedah rawatan untuk gigi hadapan yang bercantum.Kajian lanjut diperlukan untuk membuktikan keberkesanan pelbagai rawatan dan serta keselamatannya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save