Terapi antikoagulan untuk pembekuan darah yang serius semasa kehamilan

Wanita hamil lebih cenderung membentuk pembekuan darah dalam vena mereka (trombosis vena) berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Apabila pembekuan ini terjadi dalam vena kaki, gumpalan boleh pecah dan pecahan (emboli) akan bergerak ke paru-paru di mana ia boleh menyekat aliran darah ke paru-paru (emboli paru-paru). Ini boleh membawa kepada kesan yang serius. Antikoagulan digunakan untuk merawat bekuan dan diberikan kepada wanita hamil dengan peningkatan kerentanan kepada pembekuan. Ubat-ubatan ini menipiskan darah untuk mengurangkan risiko trombosis lebih lanjut dan mengurangkan risiko embolisme pulmonari. Komplikasi rawatan yang penting adalah pendarahan. Semasa mengandung, heparin adalah antikoagulan yang paling biasa digunakan, sama ada unfractionated heparin (UFH) atau low molecular weight heparin (LMWH) yang lebih baru. Kedua-dua ini tidak menyeberangi plasenta, dan kedua-duanya telah terbukti selamat untuk digunakan semasa hamil, sementara ada kebimbangan bahawa warfarin boleh menjejaskan janin. LMWH telah dibuktikan lebih berkesan daripada UFH tanpa kehamilan.

Dalam ulasan ini kami merancang untuk membandingkan kedua-dua jenis heparin atas keupayaan mereka untuk mengurangkan pembekuan dan keselamatannya apabila digunakan semasa mengandung. Kami tidak dapat mencari sebarang percubaan rawak terkawal untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Ini bermakna kami tidak mempunyai sebarang bukti daripada kajian rawak terkawal mengenai keberkesanan antikoagulasi untuk bekuan darah vena dalam semasa kehamilan, dan keberkesanan LMWH berbanding dengan UFH. Kajian lebih lanjut adalah diperlukan dalam kawasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap Sze Wei, Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save