Ubatan untuk mencegah loya dan muntah dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda yang sedang menjalani kemoterapi

Latar belakang

Penggunaan kemoterapi untuk merawat kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda boleh menyebabkan loya (sensasi seseorang akan muntah) dan muntah. Sensasi amat tidak menyenangkan tersebut boleh menjadi masalah walaupun terdapat ubatan antiemetik (anti-penyakit) yang lebih baik.

Soalan ulasan

Berkesankah ubatan untuk mencegah loya dan muntah dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda yang sedang menjalani kemoterapi?

Keputusan utama

Kami mendapati hanya 34 kajian rawak dalam kalangan kanak-kanak, yang menilai 26 kombinasi ubatan. Kajian-kajian cenderung melaporkan muntah lebih daripada loya, walaupun loya adalah pengalaman yang amnya lebih distres. Kami tidak dapat membuat kesimpulan kukuh tentang ubat terbaik, berapa dos ubat yang paling berkesan, atau sama ada lebih baik untuk mengambil rawatan oral (dengan mulut) atau intravena (suntikan). Antagonis 5-HT 3 (‘trons’, contohnya ondansetron, granisetron atau tropisetron ) dilihat lebih baik berbanding agen yang lebih lama, dan tambahan dexamethasone kepada ubatan tersebut membuatnya lebih berkesan. Penyelidikan lanjutan patut mempertimbangkan kepentingan pesakit dan keluarga, mengguna ukuran loya dan muntah sedia ada, dan mencuba penggunaan teknik baharu dalam menjalankan ulasan supaya maklumat sedia ada boleh dimaksimumkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save