Nomogram permulaan warfarin 5 mg dan 10 mg untuk tromboembolisme vena

Latar Belakang

Tromboembolisme vena adalah kehadiran klot darah yang menyekat saluran darah di dalam sistem vena; ia merangkumi trombosis vena dalam (DVT) dan embolisme pulmonari (PE), yang boleh membawa maut. Tromboembolisme vena berlaku dalam 40% hingga 60% pesakit selepas pembedahan ortopedik major.

Tromboembolisme vena biasanya dirawat selama sekurang-kurangnya lima hari dengan antikoagulan yang diberi melalui suntikan - sama ada heparin berbahagi atau heparin berat molekul rendah - bersama dos titratan warfarin. Mencapai nisbah normal terapeutik antarabangsa (INR) terapeutik secepat mungkin semasa mengambil warfarin adalah penting kerana ini mengurangkan jangka masa ubat yang diberi melalui suntikan, infusi, dan lain-lain, yang diperlukan untuk mencapai antikoagulasi segera dan berpotensi mengurangkan kos dan kesulitan. Walaupun nomogram dos pemuatan 5 mg lebih cenderung untuk mencegah antikoagulasi berlebihan, nomogram dos pemuatan 10 mg dapat mencapai INR terapeutik lebih cepat.

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Ulasan empat kajian ini dengan jumlah 494 peserta (terkini sehingga Jun 2015) mendapati dalam kalangan pesakit dengan tromboembolisme akut berumur 18 tahun ke atas, ketidakpastian timbul dengan penggunaan dos pemuatan 10-mg atau 5-mg untuk permulaan warfarin bagi mencapai INR 2.0 hingga 3.0 pada hari kelima terapi. Manfaat warfarin 10 mg berbanding warfarin 5 mg dilihat pada perkadaran pesakit dengan VTE yang telah mencapai INR terapeutik pada hari kelima tetapi kualiti bukti adalah sederhana kerana perbezaan antara kajian-kajian yang dianalisis. Tambahan pula, tiada perbezaan dilihat antara nomogram 5-mg dan 10-mg untuk tromboembolisme vena berulang, pendarahan major dan minor, dan tempoh inap di hospital. Kajian-kajian dengan bukti berkualiti tinggi tentang efikasi nomogram warfarin 5-mg dan 10-mg diperlukan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sederhana untuk INR terapeutik dan perdarahan major, rendah untuk VTE berulang dan tempoh inap di hospital, dan sangat rendah untuk pendarahan minor. Sebab utama penurunan kualiti bukti adalah perbezaan antara kajian-kajian dalam jenis peserta kajian dan tempoh susulan.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Wong Chun Hoong (Hospital Sultanah Aminah). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia)). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save