Danazol untuk merawat wanita dengan simptom-simptom yang disebabkan oleh fibroid rahim

Tidak terdapat bukti dari kajian terkawal rawak bahawa manfaat danazol melebihi risikonya dalam merawat fibroid rahim. Danazol merupakan derivatif sintetik isoxazole yang berkait secara kimia dengan 17-ethinyl testosteron yang mewujudkan persekitaran di mana androgen tinggi dan estrogen rendah, yang mengakibatkan pembaziran endometrium dan pengecutan fibroid. Walaupun dengan manfaatnya, pelbagai kesan sampingan yang tidak diingini juga telah dilaporkan. Ini termasuk jerawat, hirsutism (lebihan rambut pada wanita, dengan corak pengedaran lelaki dewasa), pertambahan berat badan, cepat marah, kesakitan muskuloskeletal, panas badan, dan atrofi payudara, di mana ramai wanita tidak boleh tahan. Tidak terdapat bukti dari kajian terkawal rawak bahawa manfaat danazol melebihi risikonya dalam merawat fibroid rahim.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save