Ubat antiradang bukan steroid untuk teknologi reproduktif berbantu

Soalan ulasan
Para penyelidik mengulas bukti tentang kesan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) sebagai rawatan sampingan apabila diberi kepada wanita tidak subur yang menjalani reproduksi berbantu.

Latar belakang
Teknologi reproduktif berbantu (ART) termasuklah teknik-teknik untuk merawat subkesuburan, dan persenyawaan in vitro (IVF) adalah paling lazim. Walaupun kedua-dua usaha klinikal dan makmal serta pembaikan dalam kejayaan rawatan-rawatan ini, kadar kehamilan masih rendah. Respon keradangan setempat dipercayai menyebabkan kesukaran implantasi embrio, melalui tindakan prostaglandin. Bahan-bahan ini menyebabkan respon keradangan setempat terbeza dan pengecutan rahim semasa pemindahan embrio, dan menghalang kejayaan implantasi embrio. Bagi tujuan ini, klinisian sering mengguna agen anti-prostaglandin untuk menyekat tindakan tersebut. NSAID adalah jenis agen-agen tersebut. Dalam amalan klinikal, ia kerap diguna untuk memperbaiki hasil ART, tetapi bukti adalah berdasarkan kepada pelbagai jenis kajian. Oleh kerana kurang bukti jelas, efikasi dan keselamatannya kekal kontroversial. Dalam Ulasan Cochrane ini, kami telah meringkaskan bukti sedia ada tentang penggunaan NSAID dalam kalangan wanita bermasalah kesuburan yang sedang menjalani IVF, dalam usaha untuk mengenal pasti jurang dan pembatasan kefahaman masa kini.

Ciri-ciri kajian
Kami melaksanakan carian literatur komprehensif pangakalan-pangkalan data perubatan (bermulai daripada penubuhan pangkalan data hingga bulan Februari 2019) berserta perundingan dengan Pakar Maklumat Kumpulan Gynaekologi dan Fertiliti, bagi semua kajian rawak terkawal (iaitu kajian yang di mana peserta dibahagikan secara rawak kepada kumpulan rawatan), menyiasat efikasi NSAID berbanding penggunaan plasebo atau tiada rawatan atau dibandingkan antara satu sama lain dalam kalangan wanita tidak subur yang menjalani IVF. Kami mencari dan kajian-kajian yang dimasukkan tidak kira bahasa dan negara asalnya. Dua penulis ulasan secara berasingan memilih dan menilai kajian-kajian, mengekstrak data, dan cuba menghubungi penulis-penulis kajian bagi data yang tidak lengkap. Kami menemui 11 kajian (2384 wanita); data tidak diperoleh dalam satu kajian, oleh itu kami menganalisis data 1884 pesakit; dua kajian telah diterbitkan sebagai abstrak di dalam beberapa laporan konferens antarabangsa; serta kami menemui satu kajian yang sedang berlangsung yang menepati keperluan kemasukan kami.

Keputusan-keputusan utama
Kami tidak pasti tentang kesan terhadap kehamilan dan keguguran apabila NSAID dibanding dengan plasebo/tiada rawatan. Keputusan mencadangkan jika peluang kehamilan dan keguguran setelah pasebo atau tiada rawatan diandaikan masing-masing 15% dan 21%, maka peluang setelah penggunaan NSAID dianggarkan masing-masing di antara 12% dan 24%, dan 7% dan 27%. Hanya satu kajian membandingkan piroxicam dengan indomethacin: kami tidak pasti tentang kesan terhadap kehamilan dan keguguran. Bukti mencadangkan jika peluang kehamilan setelah pengambilan indomethacin diandaikan 20%, maka peluang stetelah penggunaan piroxicam dianggarkan di antara 13% dan 40%; manakala untuk keguguran, bukti mencadangkan jika peluang selepas pemgambilan indomethacin diandaikan 12%, maka peluang setelah penggunaaan piroxicam dianggar di antara 5% dan 27%.

Berkenaan hasil-hasil sekunder, kami juga tidak pasti tentang sebarang kesan.

Buat masa ini kami tidak pasti tentang kesan penggunaan rutin NSAID sebagai rawatan sampingan dalam kalangan wanita tidak subur yang sedang menjalani reproduksi berbantu untuk memperbaiki kadar kehamilan. Ini berdasarkan data sedia ada daripada kajian rawak terkawal, di mana tiada hasil yang dilaporkan dalam kajian-kajian tersebut menunjukkan manfaat penggunaannya (NSAID).

Kualiti bukti
Kualiti bukti adalah sangat rendah bagi semua hasil. Ini disebabkan oleh beberapa pembatasan termasuk laporan kaedah kajian yang kurang elok, ketidaktepatan, bilangan kajian yang kecil dan bilangan peristiwa yang rendah dilaporkan .

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Denise Chai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi denisechai@ms.pmc.edu.my

Tools
Information