Langkau ke kandungan utama

Hydroxyethyl kanji (HES) berbanding dengan terapi cecair lain: kesan terhadap fungsi buah pinggang

Hydroxyethyl kanji (HES) adalah produk cecair yang biasa digunakan dalam amalan klinikal, namun mereka telah dikaitkan dengan kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang. Ulasan ini menilai kesan HES terhadap fungsi buah pinggang, berbanding dengan terapi cecair lain pada pesakit tenat. Empat puluh dua kajian rawak klinikal (11,399 pesakit) membandingkan HES dengan terapi cecair lain yang layak untuk ulasan ini. Secara keseluruhannya, penggunaan produk HES adalah dikaitkan dengan 59% meningkat risiko kegagalan buah pinggang, dan peningkatan risiko dialisis sebanyak 32%. Tiada perbezaan yang ketara dalam kesan yang dilihat bergantung kepada populasi pesakit yang dikaji, jenis cecair HES atau dos yang digunakan. Disebabkan potensi risiko yang berkaitan dengan produk-produk HES, terapi cecair alternatif harus digunakan.

Nota terjemahan

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Petikan
Mutter TC, Ruth CA, Dart AB. Hydroxyethyl starch (HES) versus other fluid therapies: effects on kidney function. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 7. Art. No.: CD007594. DOI: 10.1002/14651858.CD007594.pub3.