Trombektomi endovascular dan intervensi intra-arteri untuk strok iskemia akut

Soalan ulasan

Tinjauan ini menangani jika trombektomi endovaskular (penyingkiran gumpalan darah dalam saluran darah menggunakan alat mekanikal) atau trombolisis intra-arteri (menyuntik ubat larut gumpalan langsung ke dalam gumpalan), atau kedua-duanya, memberikan hasil yang lebih baik daripada rawatan biasa sahaja untuk strok yand disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat.

Latar belakang

Kebanyakan strok yang melumpuhkan disebabkan oleh penyumbatan saluran darah yang besar oleh gumpalan darah di otak. Strok jenis tersebut menyebabkan kerosakan tisu otak kerana kekurangan oksigen. Strok iskemik ialah strok di mana pembatasan aliran darah menyebabkan kerosakan dan kematian tisu sekitarnya kerana kekurangan oksigen. Bagi pesakit-pesakit ini, kaedah rawatan yang paling intuitif adalah penyingkiran penyumbatan dengan menyuntik ubat pelarut bekuan terus ke gumpalan atau penyingkiran bekuan darah menggunakan alat mekanik, atau kedua-duanya. Rawatan yang segera boleh memulihkan aliran darah sebelum kerosakan otak yand besar berlaku, menybabkan pemulihan yand baik. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan tersebut juga boleh menyebabkan pendarahan dalam otak, yang boleh mengakibatkan hasil yang lebih teruk. Kami mencari percubaan rawak terkawal (kajian di mana peserta diperuntukan dalam satu daripada dua ataupun lebih kumpulan rawatan menggunakan kaedah rawak) untuk kedua-dua trombektomi mekanikal dan trobolisis intra-arteri untuk menentukan jika mereka rawatan yang selamat dan berkesan untuk strok yand disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat.

Tarikh carian

1 September 2020

Ciri-ciri kajian

Percubaan terkawal secara rawak untuk trombektomi endovaskular atau trombolisis intra-arteri, atau kedua-duanya, ditambah dengan rawatan perubatan rutin berbanding dengan rawatan perubatan rutin sahaja pada orang dengan strok iskemia akut yang pasti.

Sumber pembiayaan kajian

Tiada sumber pembiayaan.

Hasil-hasil utama kajian

Kami menjumpai 19 kajian dengan jumlah sebanyak 3793 peserta. Rawatan dengan trombektomi endovaskular dapat meningkatkan peluang hidup pesakit dengan kemampuan untuk berfungsi dengan baik tanpa meningkatkan risiko pendarahan dalam otak atau kematian. Masih belum jelas apakah jangka masa optimum di mana rawatan bermanfaat dan jika rawatan berkesan di peredaran posterior (membekalkan bahagian belakang otak). Terdapat juga keperluan untuk mengkaji sama ada strategi trombektomi endovaskular primer atau trombolisis intra-arteri, atau kedua-duanya, lebih unggul daripada strategi di mana rawatan larut pembekuan intravena (disuntik ke dalam vena) diberikan terlebih dahulu di pusat tempatan diikuti dengan pemindahan pesakit terpilih ke hospital yang dapat melakukan trombektomi mekanikal atau trombolisis intra-arteri, atau kedua-duanya.

Kepastian bukti

Kami menilai kajian sedia ada untuk mempunyai risiko bias yang rendah atau tidak jelas, dan oleh itu secara keseluruhan bukti tersebut dilaporkan mempunyai bukti kepastian yang tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Melissa Mae Gabriel (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Shaun Lee (Monash University Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information