Madu dan lozeng untuk kanak-kanak dengan batuk tak khusus

Kelegaan secara simptomatik sering dicari untuk kanak-kanak dengan batuk kronik tak khusus (yang ditakrifkan sebagai batuk yang kering, tidak produktif dengan punca yang tidak diketahui berlanjutan lebih daripada empat minggu berturut-turut).  Ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan merawat kanak-kanak dengan batuk tersebut menggunakan madu atau lozeng, kerana pilihan ini adalah murah.  Tiada kajian rawak terkawal didapati yang boleh digunakan untuk ulasan ini, terutamanya disebabkan oleh peserta kajian yang tidak memenuhi kriteria kemasukan.  Namun, kajian tentang keberkesanan rawatan ini dalam merawat batuk akut kanak-kanak menunjukkan madu mempunyai potensi bermanfaat dalam kanak-kanak berussia lebih dari setahun.  Penyelidikan lanjut yang menilai keberkesanan madu dan lozeng dalam merawat batuk kronik tak khusus dalam kanak-kanak adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save