Pemantauan remaja untuk mencegah penggunaan dadah atau alkohol

Terdapat kadar penggunaan alkohol dan dadah yang tinggi oleh ramai remaja. Empat kajian rawak terkawal (RCTs) telah dikenal pasti. Kesemua empat RCTs adalah dari Amerika Syarikat dan dengan remaja yang disifatkan sebagai kehilangan, dan kebanyakan terdiri daripada remaja kumpulan minoriti. Dua RCTs menguji "Merentasi zaman" program pemantauan, satu program abang/kakak pemantauan, dan satu untuk intervensi dengan remaja di mana ibu bapa mereka mempunyai HIV+. Dua RCTs mendapati bahawa pemantauan dapat mengurangkan kadar permulaan penggunaan alkohol, dan terdapat satu kajian menunjukkan pengurangan permulaan penggunaan dadah. Tiada kesan buruk dikenal pasti. Golongan belia yang relatif untuk tiga sampel menjadikannya tidak mungkin bahawa intervensi akan berkesan disebabkan oleh kadar dasar penggunaan yang rendah. Kajian penilaian program-program rasmi, dan disebabkan oleh kebanyakan pemantauan adalah tidak formal, kerja mereka kekal tidak dinilai.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save