Suplemen zink sebagai sampingan kepada antibiotik dalam rawatan radang paru-paru dikalangan kanak-kanak berusia 2-59 bulan

Gastroenteritis dan jangkitan sistem respiratori (terutamanya radang paru-paru) merupakan dua penyebab utama kematian di negara-negara berpendapatan rendah. Memberi suplemen zink untuk tujuan pencegahan mungkin dapat memperbaiki sebarang bentuk kekurangan daya tahan dan sebenarnya beberapa bukti telah menunjukkan bahawa memberi suplemen zink untuk tujuan pencegahan boleh mengurangkan morbiditi dan mortaliti kanak-kanak yang disebabkan oleh penyakit berjangkit, terutamanya radang paru-paru. Pnumeonia adalah radang paru-paru dan disebabkan oleh virus, bakteria atau mikroorganisma lain. Kajian yang menilai kesan suplemen zink sebagai tambahan dalam rawatan penyakit radang paru-paru adalah terhad dan telah menunjukkan keputusan yang tidak konsisten. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai peranan suplemen zink, sebagai sampingan kepada antibiotik, dalam rawatan kanak-kanak berumur 2 hingga 59 bulan yang menghidap radang paru-paru.

Kajian penulis mendapati terdapat empat ujian rawak terkawal dengan kualiti yang mencukupi yang telah menilai kesan daripada suplemen zink sebagai sampingan kepada antibiotik untuk rawatan radang paru-paru dalam kalangan kanak-kanak. Kajian-kajian ini telah dijalankan di Bangladesh, Nepal dan India, di mana 3267 kanak-kanak yang berusia dua hingga 35 bulan dibahagikan secara rawak untuk menerima zink atau plasebo. Kesan sampingan yang serius tiada diperhatikan. Analisa tidak menunjukkan sebarang kesan ketara terhadap pemulihan klinikal pesakit dari segi masa untuk pulih daripada keadaan semput (kadar pernafasan > 50 nafas seminit) dan masa untuk pulih daripada keadaan dada yang termasuk ke dalam sewaktu pernafasan. Ia juga menunjukkan tiada hasil yang signifikan daripada intervensi terhadap masuk untuk dibenarkan keluar dari hospital. Bukti-bukti daripada kajian ini adalah tidak mencukupi untuk mengesyorkan penggunaan zink sebagai sampingan kepada terapi antibiotik yang standard untuk kanak-kanak berumur dua hingga 35 bulan yang mengalami radang paru-paru.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Irfan Mohamad (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi irfankb@usm.my

Tools
Information