Relaksasi untuk kemurungan

Ramai orang dengan kemurungani tidak mendapat rawatan atau menangguhkan untuk mendapat rawatan. Satu sebab ialah mereka tidak suka ubat antidepresan. Satu sebab lain ialah rawatan psikologi khusus yang tersedia adalah terhad, seperti terapi kognitif tingkah laku. Teknik-teknik relaksasi ialah rawatan psikologi mudah yang boleh diberi selepas latihan ringkas. Ulasan 15 kajian mendapati ia adalah lebih baik daripada tiada rawatan atau rawatan minimum, tetapi tidaklah sama kesannya dengan terapi-terapi psikologi seperti terapi kognitif tingkah laku. Teknik relaksasi berpotensi sebagai rawatan psikologi utama yang mudah untuk kemurungan. Mereka yang tidak respon dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh ditawarkan rawatan psikologi yang lebih kompleks seperti terapi kognitif tingkah laku.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Tools
Information