Beta-blockers untuk kanak-kanak dengan kegagalan jantung kongestif

Latar Belakang

Istilah kegagalan jantung kongestif menghuraikan penyakit di mana jantung tidak dapat pam darah yang mencukupi ke seluruh tubuh secara memadai dan cekap . Bergantung kepada keterukan keadaan, ini menyebabkan sesak nafas dan keletihan kerana bekalan oksigen yang tidak mencukupi, serta pengumpulan cecair dalam tisu dan organ.

Dalam kanak-kanak, kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan oleh kecacatan jantung kongenital. Rawatan ubat, bergantung kepada keadaan tertentu, boleh digunakan untuk mengawal kegagalan jantung dalam jangka panjang, atau untuk masa sehingga pembedahan pembetulan. Untuk cardiomyopathy terlebar atau terhad, satu penyakit dengan mortaliti yang tinggi, pemindahan jantung adalah sebagai satu-satunya pilihan apabila rawatan ubat gagal.

Beta-blockers telah terbukti bermanfaat dan juga penyelamat hayat pada orang dewasa dengan kegagalan jantung kongestif dan oleh itu, ia adalah sebahagian daripada rawatan standard. Bagi kanak-kanak, manfaat yang serupa boleh dijangkakan, tetapi beta-blockers digunakan, jika sama sekali, off-label (iaitu mereka tidak digalakkan untuk kanak-kanak). Oleh sebab punca-punca kegagalan jantung adalah berbeza pada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa, kesan utama dan kesan sampingan mungkin berbeza. Dos ubat mungkin juga perlu disesuaikan khusus untuk kumpulan umur yang berbeza.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini meringkaskan dan membincangkan maklumat yang tersedia mengenai penggunaan beta-blocker pada kanak-kanak dengan kegagalan jantung kongestif. Tujuh kajian, dengan sejumlah 420 kanak-kanak telah dimasukkan dalam ulasan.

Keputusan utama

Terapi beta-blocker menunjukkan peningkatan dalam kegagalan jantung daripada empat kajian kecil setiap dengan kurang daripada 30 orang peserta, dan dua kajian yang lebih besar setiap dengan 80 peserta. Walau bagaimanapun, dalam percubaan yang terbesar, dengan 161 peserta, ia tidak menunjukkan kesan beta-blocker yang ketara semasa dibandingkan dengan plasebo.

Tiada kajian yang melaporkan sebarang kesan sampingan yang ketara berkaitan dengan beta-blocker, selain daripada seorang kanak yang mengalami gangguan irama jantung.

Kesimpulan

Data yang terdapat adalah tidak mencukupi untuk mengesyorkan atau tidak menggalakkan penggunaan beta-blocker pada kanak-kanak dengan kegagalan jantung kongestif. Walau bagaimanapun, data yang terdapat mencadangkan bahawa kanak-kanak yang mengalami kegagalan jantung mungkin akan mendapat manfaat daripada rawatan beta-blocker. Penyiasatan yang lanjut adalah diperlukan untuk menetapkan garis panduan untuk terapi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save