Terapi sedutan heliox untuk bronkiolitis dalam bayi

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti mengenai kesan terapi sedutan heliox dalam bayi yang mengalami saluran pernafasan tersumbat akibat jangkitan pulmonari viral musim sejuk.

Latar belakang

Lebih kurang 20% daripada semua bayi mengalami masalah pernafasan dikaitkan dengan jangkitan virus dalam tahun pertama hidup, dan 2% ke 3% daripada bayi-bayi tersebut memerlukan kemasukan hospital untuk kesukaran pernafasan serius. Dalam ulasan ini, kami ingin menilai kesan penambahan heliox kepada penjagaan perubatan standard. Heliox merupakan campuran oksigen dan gas helium. Sedutan helium mengurangkan kerja pernafasan dengan meningkatkan aliran gas ke saluran pernafasan yang kecil atau tersumbat sebahagiannya dengan menurunkan rintangan kepada aliran gas.

Ciri-ciri Kajian

Kami menemui tujuh kajian melibatkan 447 bayi yang memerlukan kemasukan hospital untuk kesukaran pernafasan serius. Enam kajian melibatkan bayi dari unit rawatan rapi kanak-kanak dan satu kajian daripada jabatan kecemasan. Empat kajian disokong sebahagiannya oleh geran tanpa had daripada satu pengilang dengan kepentingan komersial di dalam keputusan. Bukti adalah terkini sehingga Mac 2015.

Keputusan utama

Keputusan yang dikumpulkan gagal untuk menunjukkan pengurangan dalam kadar discaj jabatan kecemasan, dalam kadar intubasi untuk mencapai sokongan respiratori, atau dalam tempoh sokongan respiratori. Namun, empat kajian melibatkan 138 kajian menggunakan satu sistem skor respiratori klinikal, dengan peningkatan keseriusan menerima skor yang lebih tinggi. Keputusan yang dikumpulkan menunjukkan yang bayi yang dirawat dengan sedutan heliox mempunyai pengurangan dalam skor respiratori pada jam pertama. Dalam subkumpulan kecil bayi yang dimulakan dengan alat hidung yang membekalkan pressure saluran pernafasan positif berterusan dari mula lagi, disebabkan oleh keseriusan penyakit mereka, sedutan heliox boleh mengurangkan tempoh rawatan.

Kualiti bukti

Setiap kajian yang disertakan dalam ulasan ini menggunakan kaedah berbeza untuk memberi heliox. Mereka juga menggunakan ambang berbeza skor respiratori klinikal untuk inklusi, dan sering kurang berkuasa untuk titik akhir penting. Kajian selanjutnya menggunakan kaedah sahih untuk aplikasi heliox sebagai tambahan kepada penjagaan medikal standard diperlukan. Kriteria inklusi mesti memasukkan skor keterukan klinikal yang mencerminkan kesusahan pernafasan serius untuk mengelak kekeliruan penyertaan kanak-kanak yang tidak sangat sakit, yang mungkin tidak mendapat manfaat daripada sedutan heliox. Kajian sedemikian akan membekalkan maklumat yang diperlukan berkenaan tempat sesuai heliox dalam pengurusan jangkitan pulmonari bermusim dalam bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information