Ginkgo biloba untuk orang dengan kaki sakit ketika berjalan (Intermittent claudication)

Simptom utama penyakit arteri periferi (PAD) adalah kaki sakit dalam satu atau dua betis ketika berjalan. Biasanya, kesakitan ini berlaku ketika berjalan dan boleh dilegakan dengan tempoh rehat yang singkat. Fenomena klinikal ini dipanggil intermittent claudication (IC). Penyakit arteri periferi ini disebabkan oleh penyempitan arteri progresif dalam satu atau dua kaki dan ia satu manifestasi oleh arterosklerosis sistemik, yang mungkin membawa kepada peristiwa-peristiwa kardiovaskular. Rawatan konservatif terdiri daripada rawatan untuk faktor risiko kardiovaskular dan kelegaan simptomatik oleh terapi senaman dan rawatan farmakologi. Salah satu pilihan farmakoterapeutikal adalah ekstrak Ginkgo biloba, yang berasal dari darun pokok Ginkgo biloba yang telah diguna dalam perubatan cina tradisional untuk beratus-ratus tahun. Ia merupakan satu agen vasoaktif yang dipercayai mempunyai kesan positif terhadap keupayaan berjalan dalam pesakit dengan PAD. Ulasan ini menunjukkan bahawa orang yang mengambil Gingko biloba dapat berjalan 64.5 meter lebih, yang mempunyai perbezaan tidak signifikan berbanding dengan kumpulan plasebo. Secara am, tiada bukti bahawa Ginkgo biloba mempunyai manfaat klinikal signifikan untuk pesakit dengan PAD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information