Apakah faedah dan risiko melakukan laser iridoplasty periferal (prosedur pembedahan) untuk glaukoma sudut primer kronik (masalah mata)?

Mengapakah persoalan ini penting?
'Penutupan sudut primer' (PAC) glaukoma adalah keadaan di mana air mata tidak mengalir dengan betul kerana iris (bahagian mata yang berwarna) menyekat saluran saliran. Penyumbatan boleh berlaku secara tiba-tiba (PAC akut) atau perlahan (PAC kronik). Penyumbatan pada bahagian ini menyebabkan cecair terkumpul dan ini menyebabkan peningkatan tekanan di dalam mata, perkara ini boleh merosakkan saraf optik dan boleh menyebabkan kehilangan penglihatan sama ada secara sapara atau penuh.

Rawatan utama untuk PAC adalah prosedur pembedahan yang disebut laser iridotomi periferal. Iridotomi periferal melibatkan penggunaan laser untuk membuat bukaan di iris yang membolehkan cecair yang tersekat dapat mengalir keluar. Walau bagaimanapun, terdapat lebih daripada seorang daripada tiga pesakit yang melakukan prosedur ini, iridotomi periferal tidak meningkatkan saliran. Alternatif lain untuk iridotomi periferal adalah laser iridoplasty periferal (LPIp), di mana laser digunakan untuk membentuk semula iris supaya ianya tidak menyekat saliran.

Untuk mengetahui keberkesanan LPIp berfungsi bagi mereka dengan PAC kronik, kami mengkaji dan mengulas bukti penyelidikan.

Bagaimanakah kami mengenal pasti dan menilai bukti?
Langkah pertama, kami mencari literatur/penerbitan perubatan kajian- kajian yang membandingkan kesan LPIp dengan rawatan lain ataupun tanpa rawatan. Kami kemudiannya membandingkan hasil penemuan kajian tersebut, dan selepas itu meringkaskan bukti dari semua kajian. Akhirnya, kami akan melakukan penilaian terhadap tahap keyakinan kami terhadap bukti tersebut, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian, dan juga konsistensi penemuan di seluruh kajian.

Apa yang kami dapati?
Kami menjumpai empat kajian yang melibatkan 252 orang, kebanyakannya dari negara Asia. Kajian mengikuti para peserta selama 3 hingga 12 bulan, dan membandingkan:

- LPIp ditambah iridotomi periferal dengan iridotomi periferal sahaja, sebagai rawatan utama (iaitu pada mereka yang tidak pernah menerima rawatan lain untuk PAC sebelumnya);

- LPIp dengan tanpa rawatan, sebagai rawatan sekunder (iaitu, mereka yang pernah mendapat rawatan untuk PAC sebelum ini, tetapi tidak dengan LPIp); dan

- LPIp dengan titisan mata (travoprost 0,004%), sebagai rawatan sekunder.

Keputusan LPIp ditambah iridotomi periferal berbanding dengan iridotomi periferal sahaja, sebagai rawatan utama

Bukti menunjukkan bahawa menambahkan LPIp ke iridotomi periferal boleh mengubah sedikit atau tidak ada perbezaan untuk:

- tekanan mata (2 kajian, 174 orang);

- keperluan ubatan selepas 12 bulan (1 kajian, 126 orang);

- keperluan untuk rawatan laser atau pembedahan lebih lanjut (1 kajian, 126 orang); dan

- bentuk bahagian hadapan mata (1 kajian, 48 orang).

Bukti yang diberikan oleh dua kajian menunjukkan bahawa:

- kesan yang tidak diingini (seperti pendarahan di bahagian depan mata) adalah tidak kerap; dan

- Menambah LPIp ke iridotomi periferal memberikan perbezaan yang sedikit atau tidak langsung kepada kekerapan kejadian yang tidak diingini.

Kami tidak tahu sama ada penambahan LPIp ke iridotomi periferal melambatkan perkembangan penyakit atau meningkatkan kualiti hidup kerana tidak ada kajian yang menyelidikinya.

LPIp berbanding dengan tanpa rawatan, sebagai rawatan sekunder

Kami menjumpai satu kajian pada 22 orang yang membandingkan kesan LPIp dengan tanpa rawatan pada:

- tekanan mata; dan

- bentuk bahagian hadapan mata.

Kajian ini tidak cukup mantap untuk kami menentukan rawatan mana yang lebih baik.

Kajian ini tidak menyiasat sama ada LPIp lebih baik daripada tidak ada rawatan untuk:

- perkembangan penyakit yang perlahan;

- menghadkan keperluan ubatan;

- mengelakkan keperluan rawatan laser atau pembedahan yang lebih banyak; atau

- meningkatkan kualiti hidup.

Kajian tersebut tidak menyiasat kadar kejadian yang tidak diingini.

LPIp berbanding dengan titisan mata travoprost 0,004%, sebagai rawatan sekunder

Bukti dari satu kajian kepada 80 orang menunjukkan bahawa terdapat sedikit perbezaan antara kesan LPIp dan travoprost 0,004% pada:

- perkembangan penyakit;

- tekanan dalam mata;

- keperluan ubat selepas 12 bulan; dan

- keperluan untuk rawatan laser atau pembedahan selanjutnya.

Bukti menunjukkan bahawa:

- kesan yang tidak diingini tidak kerap; dan

- mungkin terdapat sedikit atau tidak ada perbezaan dalam kekerapan kejadian yang tidak diingini antara kedua rawatan tersebut.

Walaubagaimanapun bukti yang didapati tidak cukup kuat untuk kami menentukan sama ada rawatan tersebut mempunyai kesan yang berbeza pada bentuk bahagian hadapan mata.

Kami tidak tahu rawatan manakah yang lebih baik untuk meningkatkan kualiti hidup kerana tidak ada kajian yang menyelidikinya.

Apakah maksud ini?
Bukti menunjukkan bahawa:

- LPIp mungkin tidak lebih baik daripada rawatan lain untuk PAC kronik; dan

- Kejadian yang tidak diingini mungkin sama sahaja antara LPIp dan seperti rawatan lain untuk PAC kronik.

Sejauh mana ulasan ini dikemas kini?
Bukti dalam Cochrane Review ini adalah hingga Disember 2020.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my.

Tools
Information