Profilaksis antibiotik untuk biopsi prostat ‘transrectal’

Kanser prostat merupakan kanser kedua paling lazim didiagnos dalam lelaki dan biopsi prostat ‘transrectal’ ialah prosedur untuk mendapatkan tisu bagi diagnosis histologi karsinoma prostat. Walaupun pada hakikatnya komplikasi jangkitan selepas biopsi prostat ‘transrectal’ jelas diketahui, terdapat ketidakpastian mengenai keperluan dan keberkesanan antibiotik profilaktik rutin dan jelas ketiadaan penyeragaman dalam profilaksis antibiotik untuk biopsi prostat ‘transrectal’. Dalam sembilan kajian pemerhatian kami mendapati profilaksis antibiotik berkesan dalam pencegahan komplikasi berjangkit (bakteriuria, bakteremia, demam, jangkitan saluran kencing, sepsis) dan kemasukan ke hospital berikutan biopsi prostat. Beberapa kelas antibiotik adalah berkesan bagi profilaksis dalam biopsi prostat, dan quinolones merupakan kelas terbaik yang telah dianalisis. Tidak ada data definitif bagi mengesahkan antibiotik untuk rawatan jangka panjang adalah lebih baik berbanding dengan rawatan jangka pendek, atau rawatan dos pelbagai adalah lebih baik dari rawatan dengan satu dos.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save