Menambah-baik hasil rawatan bagi pesakit dengan pelbagai penyakit kronik

Latarbelakang

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan keadaan kronik sebagai "masalah kesihatan yang memerlukan pengurusan yang berterusan sepanjang tempoh tahun atau dekad". Ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan kronik atau keadaan, mempunyai lebih daripada satu masalah kesihatan kronik, yang disebut sebagai "multimorbidity". Biasanya ini bermakna bahawa, kemungkinan orang mengidapi pelbagai kombinasi dalam situasi kesihatan tetapi dalam beberapa kajian kombinasi keadaan adalah pra-ditetapkan untuk menyasarkan gabungan biasa seperti diabetes dan penyakit jantung. Kami merujuk kepada jenis-jenis kajian ini sebagai kajian ‘comorbidity’. Sedikit yang diketahui tentang berkesanan intervensi untuk membaiki keputusan bagi orang-orang dengan multimorbidity. Ini adalah satu pengemaskinian daripada ulasan yang diterbitkan sebelum ini.

Soalan Ulasan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan merumuskan bukti yang sedia ada mengenai keberkesanan intervensi untuk menambah-baik keputusan klinikal dan kesihatan mental serta keputusan yang dilapor oleh pesakit termasuk kualiti yang berkaitan dengan kesihatan hidup rakyat dengan pelbagai morbiditi dalam penjagaan primer dan peringkat komuniti.

Keterangan Ciri-ciri kajian

Kami telah menjalankan pencarian daripada rujukan kajian-kajian sehingga September 2015 dan mengenal pasti 18 kajian rawak yang direka dengan baik memenuhi kriteria kelayakan. Sembilan kajian-kajian ini memberi tumpuan khusus pada kombinasi keadaan kesihatan (comorbidity pengajian), contohnya diabetes dan penyakit jantung. Sembilan kajian lain termasuk orang-orang dengan pelbagai keadaan (kajian multimorbidity) walaupun mereka cenderung untuk memberi tumpuan kepada orang tua. Majoriti kajian memeriksa intervensi yang melibatkan perubahan kepada organisasi yang memberi penjagaan walaupun beberapa kajian mempunyai lebih banyak intervensi yang fokus pesakit. Semua kajian mempunyai sumber kerajaan atau amal pembiayaan.

Keputusan utama

Secara keseluruhan keputusan mengenai keberkesanan intervensi adalah bercampur-campur. Tiada sebarang peningkatan positif yang jelas dalam keputusan klinikal, penggunaan perkhidmatan kesihatan, pematuhan ubat-ubatan, tingkah laku kesihatan berkaitan pesakit, tingkah laku profesional kesihatan atau kos. Terdapat peningkatan yang sederhana dalam keputusan kesihatan mental dari tujuh kajian yang menumpukan penghidap kemurungan, dan keputusan fungsian dari dua kajian menumpukan masalah fungsian peserta. Secara keseluruhannya keputusan menunjukkan bahawa ia adalah sukar bagi memulih hasil untuk orang dengan pelbagai keadaan. Kajian menunjukkan bahawa intervensi yang direka untuk penumpuan factor risiko tertentu (contohnya rawatan untuk kemurungan) atau intervensi yang berfokus terhadap kesukaran yang orang mengalami dalam fungsian harian ( contohnya, rawatan fisioterapi untuk meningkatkan keupayaan bagi aktivi fizikal) boleh menjadi lebih berkesan. Terdapat keperluan untuk kajian lanjut mengenai topik ini, terutamanya yang melibatkan orang-orang dengan multimorbidity secara umum di seluruh julat umur.

Kualiti / kepastian bukti

Kesemua kajian itu termasuk secara rambang kajian terkawal. Kualiti keseluruhan kajian ini adalah baik walaupun banyak kajian tidak melaporkan sepenuhnya ke atas semua sumber potensi bias. Sepertii definasi multimorbidity berbeza-beza antara kajian, potensi yang munasabah untuk menggabungkan keputusan kajian dan membuat kerumusan keseluruhan adalah terhad. Secara keseluruhan , kami menilai bahawa kepastian dan keyakinan kita dalam keputusan daripada kajian ini adalah sederhana tetapi disebabkan oleh sebilangan kecil kajian dan keputusan bercampur, kami mengakui ketidakkepastian masih wujud dan kemungkinan kajian masa depan boleh mengubah rumusan kami.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save