Langkau ke kandungan utama

Peranan profilaksis imunoglobulin dalam barah hematologi

Pesakit dengan barah hematologi terdedah kepada jangkitan akibat kerosakan dalam sistem imun mereka. Salah satu kerosakan utama ialah pengurangan dalam tahap imunoglobulin. Selama bertahun-tahun, tanggapan adalah bahawa pemberian immunoglobulin yang terkumpul daripada penderma yang sihat mungkin dapat membalikkan kerosakan ini. Walau bagaimanapun, kajian rawak terkawal menunjukkan keputusan yang berbeza dari segi pemanjangan kelangsungan hidup, pengurangan jangkitan dan kesan sampingan rawatan. Kami menjalankan ulasan sistematik yang menilai peranan pemberian imunoglobulin daripada penderma sihat sebagai profilaksis untuk pesakit dengan barah hematologi. Ulasan kami menunjukkan bahawa dalam konteks pemindahan sumsum tulang, pemberian imunoglobulin tidak mempunyai kesan terhadap kelangsungan hidup atau hasil yang lain. Sebaliknya, untuk pesakit dengan masalah limfoproliferatif seperti leukemia limfositik kronik atau myeloma berbilang, ia mengurangkan kadar jangkitan dengan ketara. Walaupun kosnya tinggi, profilaksis imunoglobulin mungkin kos-efektif dalam populasi ini.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (Hospital Keningau). Disunting oleh Aishah Ibrahim (University of Warwick, UK).

Petikan
Raanani P, Gafter-Gvili A, Paul M, Ben-Bassat I, Leibovici L, Shpilberg O. Immunoglobulin prophylaxis in hematological malignancies and hematopoietic stem cell transplantation. Cochrane Database of Systematic Reviews 2008, Issue 4. Art. No.: CD006501. DOI: 10.1002/14651858.CD006501.pub2.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan