Intervensi berasaskan sekolah untuk mencegah HIV, jangkitan kelamin dan kehamilan dalam kalangan remaja

Penyelidik-penyelidik Cochrane menjalankan kajian kesan-kesan intervensi berasaskan sekolah untuk mengurangkan jangkitan HIV, jangkitan kelamin (STI), dan kehamilan dalam kalangan remaja. Selepas mencari untuk kajian berkaitan sehingga 7 April 2016, mereka mermasukkan lapan kajian yang telah mendaftarkan 55,157 remaja.

Mengapa ini penting dan bagaimana program berasaskan sekolah berfungsi?

Remaja yang aktif seksual, terutamanya wanita muda, mempunyai risiko yang tinggi di banyak negara untuk dijangkiti HIV dan lan-lain STI. Kehamilan yang tidak diingini juga boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan orang muda.

Persekitaran sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak dan golongan muda, dan program pendidikan seksualiti berasaskan kurikulum telah menjadi popular di kebanyakan rantau di dunia. Walaupun terdapat beberapa bukti bahawa program-program meningkatkan pengetahuan dan mengurangkan risiko untuk dilaporkan sendiri, kajian ini menilai sama ada mereka mempunyai sebarang kesan ke atas jumlah orang muda yang dijangkiti STI atau keatas bilangan kehamilan remaja.

Apakah yang dinyatakan oleh kajian

Program pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif

Kerana mereka adalah dikonfigurasikan sekarang, program pendidikan sahaja tidak mungkin mempunyai kesan ke atas jumlah orang muda dijangkiti HIV semasa remaja (bukti kepastian rendah) . Mereka juga tidak mungkin mempunyai kesan ke atas jumlah orang muda dijangkiti dengan lain-lain STI (herpes simplex virus: kepastian bukti sederhana ; sifilis: bukti kepastian rendah), Atau bilangan kehamilan remaja (kepastian bukti sederhana).

Bahan atau program berasaskan insentif kewangan untuk menggalakkan kehadiran sekolah

Memberikan wang tunai bulanan, atau pakaian seragam sekolah percuma, untuk menggalakkan pelajar untuk tinggal di sekolah mungkin mempunyai kesan ke atas jumlah orang muda dijangkiti HIV semasa remaja (bukti kepastian rendah) Kami tidak tahu sama ada wang tunai bulanan atau pakaian seragam sekolah percuma akan mengurangkan bilangan anak-anak muda dijangkiti STI lain ( bukti kepastian yang sangat rendah ). Walau bagaimanapun, insentif untuk menggalakkan kehadiran sekolah boleh mengurangkan bilangan kehamilan remaja ( bukti kepastian rendah ).

Gabungan program pendidikan dan berasaskan insentif

Berdasarkan kajian tunggal yang dilibatkan dalam ulasan ini, memberi insentif seperti pakaian seragam sekolah percuma digabungkan dengan program pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif boleh mengurangkan STI (herpes simplex virus; bukti kepastian rendah ) Di kalangan wanita muda, tetapi tiada perubahan dikesan HIV atau kehamilan ( bukti kepastian rendah ).

Rumusan pengarang

Buat masa ini terdapat sedikit bukti bahawa program pendidikan sahaja tidak berkesan untuk mengurangkan STI atau kehamilan remaja. Intervensi berasaskan insentif yang memberi tumpuan untuk menjaga anak-anak muda, terutamanya perempuan, di sekolah menengah boleh mengurangkan kehamilan remaja tetapi lebih banyak kajian berkualiti tinggi yang diperlukan untuk mengesahkan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save