Ubat herba untuk rawatan sindrom sebelum haid (PMS)

Ubat-ubatan herba kadang-kadang digunakan untuk merawat PMS. Walau bagaimanapun, keberkesanan terapi jenis ini tidak dinilai dengan cermat dalam percubaan terkawal rawak.

Penulis telah mengenalpasti dua ujian yang menilai ubat-ubatan herba untuk rawatan PMS. Salah satu daripadanya ialah kajian yang berkualiti tinggi yang telah menguji satu ubat tradisional Cina, air rebusan biji Jingqianping. Ujian ni telah menunjukkan peningkatan kadar pulih daripada simptom-simptom PMS. Disebabkan rumusan untuk ubat herba ini dibekalkan oleh pengkaji sendiri, penulis ulasan ini mencadangkan lebih banyak ujian dibuat lagi untuk memastikan keputusannya boleh diulangi dengan rumusan lain. Bukti kukuh untuk menyokong rumusan herba yang lain untuk rawatan PMS masih kurang pada masa kini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sharon Chang Mei Wern (Taylor's University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi m.w.chang@hotmail.com.

Tools
Information