Saringan penglihatan bagi pemandu yang lebih tua untuk mengelakkan kecederaan jalan raya dan kematian

Penglihatan yang baik adalah penting untuk prestasi pemanduan yang selamat.Keperluan pemeriksaan penglihatan untuk orang tua perlu dipertimbangkan untuk membentuk dasar keselamatan lalu lintas berasaskan bukit kerana kekuatan penglihatan menurun dengan usia, dan juga kerana peratus orang tua dalam populasi yang semakin meningkat. Saringan penglihatan wajib bagi pengeluaran atau pembaharuan lesen memandu dapat membantu untuk memastikan bahawa pemandu yang lebih tua mampu untuk membawa kenderaan dengan selamat. Sehingga kini, tiada sebarang kajian yang dapat membuktikan kesan saringan penglihatan terhadap pencegahan kemalangan dikalangan orang tua. Bagaimanapun, berdasarkan kepentingan peglihatan yang bagus, pemeriksaan penglihatan adalah isu relevan untuk semua pemandu berlesen.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Syis bin Zulkipli (Universiti Malaya). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubung msyizz@yahoo.com.

Tools
Information
Share/Save