Penyampaian penjagaan dan strategi pengurusan kendiri untuk orang dewasa dengan epilepsi

Bukti untuk keberkesanan intervensi penjagaan untuk orang dewasa dengan epilepsi masih tidak jelas.

Ulasan ini membandingkan keberkesanan pelbagai intervensi, termasuk jururawat pakar dan strategi pengurusan, dalam memperbaiki hasil untuk orang dewasa dengan epilepsi. Kami mengenalpasti tujuh jenis intervensi berbeza, dengan pelbagai bukti untuk menyokongnya. Walaupun kajian-kajian yand disertakan menunjukkan beberapa manfaat jururawat pakar epilepsi dan pendidikan pengurusan kendiri, intervensi jenis lain kurang bukti keberkesanannya. Hal ini ditambah dengan kaedah berkualiti rendah sesetengah kajian dan kompleksiti intervensi, di mana impak boleh berubah mengikut tempat kajian dijalankan. Berdasarkan bukti ini, adalah tidak mungkin untuk mencadangkan sebarang jenis intervensi spesifik dalam penjagaan orang dewasa dengan epilepsi.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Khoo Jing Hern (Melaka Manipal Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save