Intervensi diet untuk mencegah komplikasi hiperkalsiuria idiopatik

Hiperkalsiuria, ialah satu keadaan keturunan metabolik,dimana terdapat kewujudan kalsium berlebihan dalam air kencing. Punca adalah selalunya tidak diketahui (idiopatik), dan boleh berlaku pada sesiapa yang sihat. Walaupun orang yang mempunya keadaan ini mempunyai tahap kalsium yang biasa dalam darah mereka, kalsium disingkirkan daripada badan melalui air kencing.

Orang dewasa dengan keadaan hiperkalsiuria akan lebih cenderung untuk mendapat batu pada buah pinggang dan kehilangan kalsium daripada tulang mereka. Di kalangan kanak-kanak, hiperkalsiuria boleh menyebabkan darah dalam air kencing (hematuria), sindrom kekerapan-disuria (kerap sakit atau sukar kencing), jangkitan saluran kencing, sakit perut dan sakit belakang.

Adalah dicadangkan bahawa mengubah diet orang dengan hiperkalsiuria dapat membantu mencegah komplikasi keadaan tersebut. Oleh itu kami bertujuan untuk menilai manfaat dan kemudaratan daripada intervensi diet yang telah dikaji dalam kajian klinikal. Kami sertakan lima kajian dalam ulasan kami, salah satu daripadanya membandingkan diet kalsium rendah dengan diet yang merangkumi tahap kalsium yang normal, protein yang rendah, dan kurang garam dalam jangka masa lebih dari lima tahun. Kajian ini mendapati bahawa diet yang tidak terhad dalam pengambilan kalsium dapat mengurangkan nombor batu buah pinggang baru yang terbentuk secara ketara.

Intervensi diet lain, seperti bran gandum yang belum diproses, tidak menunjukkan apa-apa bukti kesan yang berfaedah.

Kami tidak dapat mencari sebarang kajian yang melibatkan kanak-kanak, dan tiada kajian yang menyiasat cadangan pemakanan khusus bagi mereka yang mempunyai hiperkalsiuria tanpa simptom.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my atau chanmw@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save