Tiada bukti keberkesanan intervensi bukan farmakologi untuk pesakit dementia yang bergelandangan kerana kekurangan kajian.

Tiada kajian rambang terkawal yang ditemui untuk membuktikan atau menyangkal keberkesanan intervensi bukan farmakologi dalam pencegahan atau pengurusan pesakit yang bergelandangan dalam persekitaran domestik. Kajian terapi muzik, terapi cahaya terang, orientasi realiti, terapi fizikal, terapi carakerja, dan sentuhan terapeutik telah dijalankan dengan peserta dalam persekitaran institusi. Ulasan ini membincangkan intervensi–intervensi yang relevan dengan persekitaran domestik. Kajian intervensi bukan farmakologi dalam persekitaran domestik dalah amat diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Raymond Chieng Siang Ching (Melaka Manipal Medical College).Disunting oleh Noorliza Mastura (Melaka Manipal Medical College) Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi raymondchieng@gmail.com

Tools
Information
Share/Save