Latihan otot lantai pelvik dalam kencing tidak terkawal dalam kalangan wanita.

Soalan ulasan

Kami mahu mengetahui sama ada latihan otot lantai pelvik (PFMT) dapat membantu wanita yang mengalami masalah kencing tidak terkawal. Kami membuat kajian ini dengan membandingkan kesan-kesan latihan ini dengan ketiadaan sebarang rawatan atauupn dengan mana-mana rawatan yang inaktif. (Contoh termasuk nasihat mengenai pengurusan dengan pads). Kami juga meringkaskan penemuan dalam kos dan keberkesanan latihan tersebut.

Kami mencari kajian yang berkaitan sehingga 12 Februari 2018

Mangapa soalan ini penting?

Stres inkontinensia merupakan kebocoran air kencing yang tidak dapat dikawal dengan mudah (jika sama sekali) semasa melakukan sesuatu aktiviti fizikal. Aktiviti-aktiviti fizikal merangkumi batuk, bersin, aktiviti sukan atau pertukaran kedudukan secara tiba-tiba. Inkontinensiaan urgensi berlaku dengan kemahuan yang kuat untuk membuat air kencing dan sering berlaku secara tiba-tiba. Hal ini selalunya menyebabkan kelewatan untuk memasuki tandas untuk membuang air kecil dan mengakibatkan kebocoran air kencing. Inkontinensiaan campuran adalah di mana seseorang menghadapi kedua-dua Stres inkontinensia dan Inkontinensiaan urgensi.

PFMT merupakan salah satu program senaman untuk meningkatkan kekuatan otot lantai pelvik, ketahanan, kuasa, pengenduran ataupun campuran ciri-ciri yang disenaraikan. Program senaman ini telah digunakan untuk merawat wanita yang menghadapi stres inkontinensia, inkontinensiaan urgensi dan inkontinensiaan campuran.

Bagaimanakah kami menjalankan semakan ulasan bukti ini?

31 kajian yang berkaitan telah melibatkan 1817 orang wanita daripada 14 negara. Kajian-kajian tersebut melibatkan wanita-wanita yang menghadapi stres inkontinensia, inkontinensiaan urgensi ataupun inkontinensiaan campuran. Wanita-wanita kajian ini telah dibahagikan ke dalam kumpulan yang menerima rawatan PFMT dan kumpulan yang tidak menerima rawatan PFMT secara rawak. Keputusan daripada kedua-dua kumpulan ini telah dibandingkan. Kami menilai sama ada keadaan mereka telah ‘dirawat’, ataupun ‘dirawat ataupun ditingkatkan’ Kami juga menilai gejala-gejala peserta, kesan-kesan PFMT pada kualiti kehidupan (QoL) dan kekerapan dan jumlah keluaran air kencing.

Punca pembiayaan kajian

Lapan kajian telah dibiaya awam Tiga kajian telah menerima geran daripada sumber-sumber awam dan swasta. Dua kajian telah menerima geran daripada sumber-sumber swasta manakala dua kajian yang lain tidak menerima mana-mana pembiayaan. Terdapat enam belas kajian yang tidak menerangkan sumber pembiayaan kajian mereka.

Apa yang kami dapati

Kebanyakkan bukti yang dinilai adalah berkualiti sederhana dan hal ini meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan keputusan kajian-kajian tersebut.

Penyembuhan daripada inkontinensia kencing selepas rawatan PFMT: wanita-wanita yang mempunyai masalah inkontinensia yang berada dalam kumpulan rawatan PFMT adalah lapan kali secara purata lebih cenderung untuk melaporkan penyembuhan daripada penyakit inkontinensia. Wanita-wanita yang menghadapi mana-mana jenis inkontinensia kencing yang berada dalam kumpulan PFMT adalah lima kali secara purata lebih cenderung untuk melaporkan penyembuhan daripada penyakit inkontinensia.

Penyembuhan atau peningkatan keadaan inkontinensia kencing selepas PFMT: wanita yang mengalami masalah inkontinensia kencing yang berada dalam kumpulan PFMT adalah enam kali secara purata lebih cenderung untuk melaporkan bahawa mereka telah sembuh atau bertambah baik. Wanita-wanita yang menghadapi semua masalah kencing tidak terkawal yang berada dalam kumpulan PFMT adalah kira-kira dua kali lebih cenderung untuk melaporkan penyembuhan ataupun peningkatan mereka dalam penyakit inkontinensia.

Episod kebocoran selepas PFMT: wanita-wanita yang mengalami inkontinensia kencing stres dan wanita-wanita yang mengalami semua jenis inkontinensia kencing yang berada dalam kumpulan PFMT menghadapi satu lebih kurang episod kebocoran dalam tempoh 24 jam. PFMT dipercayai dapat mengurangkan episod kebocoran dalam kalangan wanita-wanita yang menghadapi inkontinensia kencing urgensi sahaja.

Bagi wanita-wanita yang mengalami inkontinensia kencing stres dan semua inkontinensia kencing yang lain, gejala-gejala inkontinensia mereka dan QoL dapat ditingkatkan dalam kumpulan PFMT. Wanita-wanita lebih berpuas hati dengan rawatan PFMT, manakala mereka yang berada dalam kumpulan kawalan lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan yang berlanjutan.

Kesan-kesan sampingan rawatan PFMT adalah jarang dan dalam kedua-dua kajian yang melaporkan kesan-kesan sampingan tersebut, kesan-kesan sampingan ini adalah kecil.

Penulis daripada satu penilaian ekonomi yang dikenal pasti bagi Brief Economic Commentary melaporkan bahawa keberkesanan PFMT kelihatan amat menjanjikan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com)

Tools
Information
Share/Save