Rutosides untuk rawatan sindrom pasca-trombosis

Latar belakang

Darah beku di dalam vena kaki merupakan masalah lazim dan dikenali sebagai trombosis vena dalam (DVT). Satu dari tiga pesakit yang menghidap DVT mendapat komplikasi yang dikenali sebagai sindrom pasca-trombosis (PTS). Sindrom ini melibatkan kejadian berterusan pembengkakan kaki yang terlibat, kesakitan, kekejangan, rasa membakar atau menyucuk dan kegatalan. Warna kulit menjadi lebih gelap kerana terdapat penambahan pigmentasi, vena varikos, kemerahan dan kerengsaan kulit juga boleh berlaku. Pada masa ini cara utama merawat PTS ialah dengan memakai stokin / sarung kaki mampatan. Walaubagaimanapun telah diketahui juga bahawa pesakit-pesakit ini sering mendapati stokin ini menyebabkan ketidakselesaan dan yang demikian mereka lebih menggemari untuk mengambil ubatan oral bagi merawat masalah. Rutosides merupakan penawar herba yang telah dilihat berkesan dalam keadaan-keadaan lain yang menjejaskan injap pada saluran vena (kerosakan saluran vena kronik).

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Ulasan ini bertujuan untuk menilai penulisan saitifik yang ada bagi melihat jika rutosides adalah berguna untuk merawat PTS. Kami juga mengkaji samada terdapat kesan-kesan sampingan daripada rawatan. Kami mencari semua pengkalan-pengkalan data yang ada untuk kajian berkaitan penggunaan rutosides untuk rawatan PTS berikutan kejadian DVT (semasa sehingga 21 Ogos 2018). Dua pengarang ulasan secara berasingan telah menilai kajian-kajian bagi kemasukan dan mengekstrak keputusan selaras dengan kriteria yang telah kami tentukan. Kami telah menemui tiga kajian yang sesuai dimasukkan dalam ulasan, yang melibatkan sejumlah 233 pesakit, manakala enam kajian yang tidak dimasukkan ke dalam ulasan kerana tidak sesuai.

Kajian-kajian ini sangat kecil dan telah dilakukan tatacara yang sangat berbeza dan ianya tidak dapat digabungkan. Kajian-kajian berkenaan membandingkan penggunaan rutoside dengan pelbagai rawatan (plasebo (produk tidak aktif), sarung kaki mampatan sahaja atau digabungkan dengan rutosides, atau hidrosmina (ubat aktif-vena, yang bertindak ke atas sistem vaskular). Mereka juga menggunakan dos rutosides yang berbeza-beza (900 mg/sehari hingga 2000 mg/sehari). Kami mendapati tiada bukti jelas dari mana-mana kajian bahawa rawatan dengan rutosides membantu gejala dan tanda PTS; atau adanya perbezaan dari segi kesan-kesan sampingan. Kejadian ulser kaki tidak dilaporkan dalam mana-mana kajian yang dimasukkan.

Kualiti bukti

Keseluruhan kualiti bukti, dengan menggunakan pendekatan GRADE, adalah rendah kerana ketiadaan elemen kerahsiaan (blinding) dari pengetahuan peserta atau penyelidik. Ini bermakna penyelidik dan peserta telah mengetahui ubat mana akan diperolehi dan ini boleh menjejaskan keputusan kajian. Kualiti bukti juga terhad kerana hanya tiga kajian kecil sahaja yang dapat menyumbang kepada penemuan ulasan. Sistem skor yang subjektif juga telah digunakan untuk memperolehi simptom-simptom PTS, yang demikian adalah penting supaya para penilai ini dirahsiakan pengetahuan (blinding) mereka kepada intervensi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar. Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my. Disunting oleh Azlan Husin (Universiti Sains Malaysia.)

Tools
Information