Topotecan ialah ubat kemoterapi baris kedua yang aktif, digunakan untuk merawat pesakit dengan karsinoma ovari relaps

Kanser ovari ialah salah satu tumor yang paling lazim pada saluran peranakan wanita yang menyumbang kira-kira 3% kesemua kanser dalam wanita, dan penyebab utama kematian daripada kanser ginekologi di negara maju. Pengurusan pembedahan awal yang sesuai oleh pakar onkologi ginekologi adalah penting untuk kelangsungan hidup. Pesakit dengan tumor peringkat awal yang berisiko rendah mungkin dapat disembuhkan dengan pembedahan sahaja. Pengurusan semasa baris pertama untuk kanser ovari lanjutan terdiri daripada pembedahan cytoreductive diikuti dengan kemoterapi. Kebanyakan pesakit relaps di antara 18 ke 22 bulan kemudian. Pengurusan kanser ovari yang berulang tetap menjadi cabaran. Matlamat untuk merawat kanser ovari relaps termasuk menambah baik gejala, meningkatkan kualiti hidup (QOL), dan memanjangkan jangka hayat. Ejen yang berpotensi sesuai untuk selang rawatan berpanjangan boleh merangkumi ciri-ciri seperti ketiadaan ketoksikan kumulatif, tiada rintangan silang, manfaat positif terhadap QOL, dan jadual yang sesuai. Antara ejen sedia ada untuk merawat karsinoma ovari relaps, topotecan adalah salah satu yang dikaji paling meluas dan dicirikan. Ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan topotecan dalam pengurusan kanser ovari.

Enam kajian berbilang pusat, pra-pasaran yang dirancang dengan baik melibatkan 5640 peserta adalah layak untuk ulasan ini. Analisis terkumpul tidak dilakukan di dalam empat kajian kerana data yang tidak cukup serupa, tetapi dijalankan untuk dua kajian. Topotecan kelihatan mempunyai tahap keberkesanan yang serupa seperti paclitaxel, topotecan ditambah thalidomide, dan lebih baik berbanding treosulfan, tetapi jangka hayat keseluruhan yang lebih pendek berbanding pegylated liposomal doxorubicin. Topotecan melambatkan perkembangan penyakit daripada paclitaxel, treosulfan; topotecan ditambah thalidomide lebih baik berbanding topotecan sahaja terhadap PFS, tetapi topotecan sahaja lebih pendek secara signifikan berbanding topotecan ditambah thalidomide. Rawatan penyatuan lebih lanjut dengan topotecan tidak meningkatkan PFS untuk peserta dengan kanser ovari lanjutan yang bertindak balas dengan kemoterapi awal dengan carboplatin dan paclitaxel.

Bukti dari tiga kajian adalah berkualiti tinggi, kajian yang selebihnya adalah rendah atau sederhana kerana pelaporan kaedah yang lemah. Bagi mendapatkan keterwakilanerperwakilan yang lebih baik, kajian rawak terkawal yang lebih besar dan dirancang dengan lebih baik untuk ubat pasca-pasaran adalah diperlukan pada masa depan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information