Magnesium sulfat bagi hipertensi pulmonari yang berterusan pada bayi yang baru lahir

Tekanan darah dalam arteri paru-paru (arteri pulmonary) ini biasanya jauh lebih rendah berbanding tekanan darah di seluruh tubuh. Sebelum bayi dilahirkan otot yang mengelilingi arteri pulmonary adalah disempit ketat mengakibatkan tekanan yang sangat tinggi dalam arteri ini. Selepas kelahiran arteri membesar dan tekanan menurun. Dalam hipertensi pulmonari yang berterusan untuk bayi yang baru lahir ini, penurunan tekanan darah pulmonari kerana pelbagai sebab, gagal berlaku.

Magnesium sulfat ini dapat mengembang otot yang sempit dalam arteri pulmonary. Walau bagaimanapun, tindakannya tidak khusus dan apabila diberikan melalui infusi intravena, ia akan bertindak pada otot-otot lain dalam badan termasuk arteri lain. Ini bermakna bahawa walaupun ia didapati berkesan dalam hipertensi pulmonari, tindakan yang tidak diingini di bahagian lain badan mungkin menjadi masalah.

Ulasan ini mendapati bahawa penggunaan magnesium sulfat untuk hipertensi pulmonari yang berterusan di bayi yang baru lahir belum diuji oleh percubaan terkawal secara rawak. Bukti dari kajian tidak terkawal adalah amat terhad akan tetapi bukti yang ada mencadangkan satu kebaikan yang berpotensi, jadi kajian terkawal rawak disyorkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting olehTeh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save