Apakah manfaat dan risiko pelbagai bahan yang diguna untuk tampalan retrogred dalam kalangan orang yang memerlukan rawatan ini untuk menyelamatkan gigi?

Mesej utama

- Oleh kerana kurangnya bukti kukuh, manfaat dan risiko pelbagai bahan yang diguna untuk tampalan retrogred dalam terapi kanal akar masih tidak jelas.

- Bukti masih kurang kukuh untuk menentukan bahan mana yang terbaik untuk diguna dalam tampalan retrogred.

- Kami perlukan kajian masa depan untuk mengukuhkan bukti.

Apakah tampalan retrogred dalam terapi kanal akar?

Bahagian gigi yang hidup yang juga dikenali sebagai pulpa gigi boleh menjadi bengkak secara kekal kerana kecederaan atau jangkitan bakteria akibat kerosakan gigi. Untuk mengatasi masalah ini, doktor gigi harus menggerudi satu lubang di bahagian atas korana gigi untuk mendapat akses ruang dalaman gigi iaitu sistem kanal akar. Doktor gigi akan membuang tisu yang dijangkiti dan bakteria dengan kombinasi pembersihan mekanikal dan pengairan.

Selepas itu, doktor gigi akan penuhkan ruang tersebut dengan bahan yang tidak aktif dan menutup pembukaan tersebut. Rawatan ini dipanggil terapi kanal akar. Walupun secara umum keputusan adalah baik, sebilangan kecil kegagalan boleh berlaku. Ini mungkin kerana sistem kanal akar yang kompleks dan tidak selalu mudah untuk menghapuskan semua bakteria sepenuhnya. Bakteria boleh merebak dan jangkitan di sekitar akar boleh berterusan.

Apabila terapi kanal akar gagal, rawatan semula yang juga dikenali sebagai tampalan retrograd merupakan alternatif yang baik untuk menyelamatkan gigi. Semasa tampalan retrogred, doktor gigi memotong flap pada gusi dan membuat lubang di dalam tulang untuk mengakses hujung akar gigi. Selepas memotong hujung akar gigi, diikuti dengan penyediaan yang teliti, apeks ditutup (penutupan apikal) dan lubang yang dibuat ditampal dengan bahan pergigian. Proses penutupan ini dianggap faktor penting yang paling utama dalam mencapai kejayaan tampalan retrogred akar.

Bahan apa yang boleh diguna untuk tampalan retrogred?

Banyak bahan telah dibangunkan untuk menutup hujung akar, contohnya, mineral trioksida agregat (MTA), bahan restoratif perantara (IRM), super ethoxybenzoic acid (Super-EBA), resin komposit terikat dentin, semen ionomer kaca, amalgam, dan bahan pembaikan akar (RRM). Walau bagaimanapun, tiada persetujuan tentanag bahan mana yang terbaik.

Apakah yang kami ingin tahu?

Kami ingin tahu bahan mana lebih baik untuk tampalan retrogred terapi kanal akar, dan sama ada ia berkait dengan kesan yang tidak diingini (buruk).

Apakah yang kami lakukan?

Kami mencari kajian-kajian yang membandingkan pelbagai bahan yang diguna untuk tampalan retrogred dalam terapi kanal akar. Kami bandingkan dan rumuskan keputusan kajian dan menilai keyakinan terhadap bukti, berdasarkan faktor seperti kaedah dan saiz kajian.

Apa yang kami temui?

Kami temui lapan kajian dengan tempoh minimum 12 bulan melibatkan 1399 orang (1471 gigi) berusia lebih 17 tahun yang menjalani tampalan retrogred menggunakan pelbagai jenis bahan tampalan.

Bukti:

- kurang kukuh untuk menentukan bahan mana yang terbaik untuk diguna dalam tampalan retrogred.

Tiada kajian yang menyelidik kesan yang tidak diingini dari mana-mana bahan.

Apakah batasan bukti tersebut?

Batasan utama bukti adalah kajian-kajian:

- sangat kecil;

- mungkin dilaksanakan dengan memperkenal kesilapan dalam keputusan

- tiada cukup kajian untuk meyakinkan keputusan.

Akibat kebatasan ini, kami kurang yakin dengan bukti tersebut.

Adakah bukti ini mutakhir?

Bukti adalah terkini sehingga April 2021.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.cochrane@rcsuucd.edu.my.

Tools
Information