Korona siap bentuk bagi pengendalian gigi molar primer yang rosak dalam kalangan kanak-kanak.

Latarbelakang

Untuk menghalang kerosakan berterusan dan merestorasi fungsi gigi molar primer yang rosak atau malbentuk, doktor gigi sering menggunakan tampalan (bahan lembut yang diletak dalam kaviti dan mengeras) untuk merestorasi gigi kepada bentuk asalnya.Sebagai alternatif, doktor pergigian boleh meletakkan korona untuk menutupi gigi tersebut.Biasanya satu suntikan dibuat pada gusi untuk hilangkan rasa sakit sebelum gigi dirapikan (teknik konvensional)Korona-korona tersebut adalah siap bentuk dalam pelbagai saiz sama ada berupa keluli atau putih, dan saiz yang sesuai dipilih untuk dimuat kepada gigi yang dirapikan.Teknik Hall adalah kaedah alternatif untuk memuatkan korona keluli tanpa memerlukan suntikan atau perapian kerana ia terus dimuatkan kepada gigi. Korona siap bentuk disyorkan oleh pakar pergigian kanak-kanak untuk pengendalian gigi susu belakang (molar) apabila rosak sederhana atau meluas, atau apabila enamel termalbentuk semasa dalam perkembangan ataupun bila gigi tersebut memerlukan rawatan kanal akar.

Soalan ulasan

Ulasan Cochrane meninjau sama ada korona adalah cara yang lebih baik dalam pengendalian kerosakan gigi kanak-kanak untuk mengurangkan 'kegagalan utama' (hasil yang meliputi aspek seperti sakit dan abses gigi), sakit semasa rawatan dan kemudaratan, dan untuk meningkatkan kepuasan rawatan. Ia juga meninjau sama ada korona keluli atau putih lebih baik dan sama ada kaedah baru Teknik Hall lebih baik dari teknik konvensional. Ulasan ini mengemaskini terbitan asal pada 2007.

Ciri kajian

Kami mencari rekod perubatan dan pergigian untuk kajian-kajian sehingga 21 Januari 2015.Kami mendapati lima kajian yang relevan.Kajian-kajian ini beriisiko bias yang tinggi kerana peserta mengetahui rawatan yang diterima dan sama juga dengan perawat yang menjalankan rawatan tersebut.

Empat kajian membandingkan korona denga tampalan. Dua di antara kajian tersebut membandingkan korona keluli menggunakan teknik konvensional dengan tampalan dan dua kajian lagi membandingkan korona yang menggunakan Teknik Hall dengan tampalan. Salah satu kajian itu juga membandingkan Teknik Hall dengan 'rawatan karies tanpa restorasi' (tidak menggunakan tamapaln atau korona tetapi hanya membuka kaviti untuk membolehkan pembersihan dengan berus gigi, memengap dengan varnis fluorida dan menggalakkan pemberusan gigi).Kajian yang akhir membandingkan korona yang dibuat dengan dua bahan berlainan (keluli nirkarat dengan keluli nirkarat bersalut putih). Kami melihat setiap rawatan pada masa temujanji pergigian atau 24 jam selepas rawatan, dalam jangkamasa pendek (kurang dari 12 bulan) dan jangkamasa panjang (12 hingga 48 bulan).

Keputusan utama

Gigi yang direstorasi dengan korona siap bentuk kurang cenderung untuk menimbulkan masalah (abses gigi) atau menyebabkan sakit pada jangkamasa panjang berbanding tampalan.Korona yang dipasang dengan Teknik Hall (tiada suntikan atau perapian) memberi kurang ketidakselesaan pada masa temujanji berbanding dengan tampalan. Korona boleh meningkatkan risiko perdarahan gusi tetapi keptusan ini tidak jelas.Hanya satu kajian kecil yang membandingkan korona dengan rawatan karies tanpa restorasi dan satu kajian kecil yang membandingkan korona keluli dan putih, dan kami tidak dapat membuat keputusan yang tepat dari kedua-dua kajian ini. Sesetengah hasil yang dikehendaki tidak diukur dalam kajian-kajian di atas: ini termasuk masa hingga restorasi gagal atau rawatan semula, kepuasan pesakit dan kos.

Kualiti bukti 

Bukti sama ada korona adalah lebih berkesan untuk pengendalian kerosakan gigi molar primer adalah sederhana.Kualiti bukti tentang korona yang dipasang dengan Teknik Hall kurang cenderung membentuk abses dan sakit berbanding tampalan adalah sederhana. Bukti yang membandingkan korona dengan pengendalian karies tanpa restorasi dan perbandingan korona siap bentuk keluli dan korona putih adalah berkualiti sangat rendah, lantas kami tidak tahu mana yang lebih baik.

Rumusan penulis

Korona yang diletak pada gigi molar primer yang rosak atau telah mendapat rawatan pulpa, lebih cenderung untuk mengurangkan risiko kegagalan utama atau sakit dalam jangkamasa panjang berbanding tampalan. Korona yang dipasang dengan Teknik Hall boleh mengurangkan ketidakselesaan pada masa rawatan berbanding tampalan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Lai Nai Ming, (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information