Magnesium untuk kecederaan otak trauma akut

Kecederaan kepala trauma merupakan penyebab utama kematian dan Hilang Upaya dalam populasi remaja, terutamanya akibat kemalangan jalan raya. Anggaran kos tahunan untuk merawat dan memulihkan mangsa kecederaan kepala adalah kira-kira AS$ 2Billion di Amerika Syarikat sahaja. Kebanyakan kerosakan saraf yang berlaku pada masa kecederaan, walaupun kerosakan tambahan berlaku pada jam atau hari yang berikutan. Adalah dipercayai bahawa kalsium berlebihan memasuki sel-sel merupakan ancaman terbesar kepada kerosakan otak, di mana kalsium berlebihan akhirnya membawa kepada peningkatan radikal bebas, proteolysis, permulaan apoptosis, dan keradangan. Sebagai salah satu ion-ion yang terpenting dalam sistem saraf pusat, magnesium adalah penting dalam pelbagai kesan fisiologi, seperti iskemia, metabolisme tenaga sel dan sintesis protein. Magnesium juga yang penyekat saluran kalsium kuat, dan membantu mengawal aktiviti kalsium dalam sel. Magnesium meningkatkan pengeluaran jantung dan aliran darah cerebral. Tahap rendah magnesium boleh menyebabkan peningkatan paras kalsium dalam sel. Hypomagnesaemia merupakan risiko kepada kecederaan kepala, dan ini telah dikaitkan dengan hasil neurologi yang lemah dan peningkatan kematian. Memulihkan tahap magnesium boleh mengurangkan edema, meningkatkan hasil neurologi dan kognitif, dan membantu dengan masalah yang berkaitan dengan iskemia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Lai Nai Ming, School of Medicine, Taylor’s University, Malaysia.Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information