Ubat herba Cina mungkin membantu dalam mengurangkan sakit haid

Sakit haid merupakan suatu aduan yang amat biasa, ia merujuk kepada kesakitan akibat kekejangan abdomen yang berlaku semasa haid. Sakit haid primer merujuk kepada kesakitan yang tiada puncanya (iaitu, tiada masalah perubatan yang dapat dikenal pasti). Walaupun ubat anti-radang bukan jenis steroid atau ubat kontraseptif didapati kerkesan, namun, lebih banyak wanita masih sedang mencari rawatan yang tidak memerlukan ubat-ubatan. Ubat herba Cina telah digunakan selama berabad-abad di negara China dan ia sedang digunakan di hospital awam di China untuk merawat sakit haid primer. Ulasan kajian telah menunjukkan bukti awal tentang kegunaan ubat herba Cina dalam mengurangkan sakit haid bagi merawat sakit haid primer, berbanding dengan ubat-ubatan lazim seperti ubat anti-radang bukan jenis steroid dan ubat kontraseptif oral, akupuntur dan mampatan haba. Tiada kesan negatif yang ketara dapat dikenal pasti melalui ulasan kajian ini. Walau bagaimanapun, penjumpaan ini harus ditafsirkan dengan berhati-hati kerana kajian-kajian yang dirangkumi mempunyai kualiti metodologi yang rendah secara amnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Yee Cia Pey (Kolej Perubatan Melaka-Manipal) Disunting oleh Lai Nai Ming (School of Medicine, Taylor's University, Malaysia) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi ciapey93@outlook.com.

Tools
Information