Surfaktan untuk neonat yang menghidapi hemoraj pulmonari

Perdarahan ke dalam paru-paru (hemoraj pulmonari) biasanya berlaku pada bayi yang dilahirkan sebelum cukup bulan (gestasi 37 minggu) akibat penyakit paru-paru yang teruk (terutama sindrom distres respiratori, suatu penyakit yang disebabkan kekurangan bahan-bahan kimia yang melapisi paru-paru (surfaktan)) dan keperluan menggunakan mesin membantu pernafasan (bantuan ventilasi). Faktor-faktor risiko untuk hemoraj pulmonari merangkumi kelahiran pramatang, pertumbuhan perlahan semasa dalam rahim (pertumbuhan intrauterine terhad), masalah pernafasan, aliran darah abnormal mengelilingi salur darah dalam paru-paru (duktus arteriosus paten), masalah perdarahan (coagulopathy), keperluan menggunakan mesin membantu pernafasan dan rawatan surfaktan. Punca asas hemoraj pulmonari dianggap berkait dengan pertambahan aliran darah pulmonari disebabkan duktus arteriosus paten. Beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang menyakinkan dengan kegunaan rawatan surfaktan dalam bayi dengan hemoraj pulmonari. Bagaimanapun, tiada kajian rawak terkawal dikenalpasti dalam ulasan ini. Pada masa ini, tiada cadangan untuk amali klinikal berdasarkan kajian rawak terkawal dapat dikemukakan; kajian tambahan diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee.(Penang Medical College) Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my. Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College)

Tools
Information