Senaman untuk wanita yang menerima kemoterapi atau terapi radiasi atau kedua-duanya (terapi adjuvan) untuk kanser payu dara

Apakah isunya?

Pada masa lalu, wanita yang menerima rawatan kanser biasanya dinasihatkan berehat dan mengelakkan aktiviti fizikal. Tetapi, kini kita tahu bahawa terlalu banyak rehat dan aktiviti fizikal yang terlalu sedikit boleh membawa kepada pembuangan otot. Ini mengurangkan tahap kecergasan fizikal wanita dan boleh menghadkan aktiviti biasa mereka. Wanita juga sering mempunyai kesan sampingan lain yang boleh menjejaskan kehidupan seharian mereka, seperti keletihan yang melampau, kemurungan, dan pengurangan fungsi mental, sebagai contoh tidak mengingati sesuatu perkara atau memberi tumpuan.

Mengapa ia penting?

Kesan-kesan sampingan rawatan kanser payu dara boleh mengganggu aktiviti harian dan pengembalian bekerja. Ia adalah penting untuk mengetahui cara-cara untuk mengurangkan kesan-kesan sampingan ini.

Kami bertanya jika senaman fizikal semasa kemoterapi atau terapi radiasi atau kedua-duanya membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan. Kesan-kesan sampingan yang dikaji termasuk keletihan, kemurungan, dan kekurangan kecergasan fizikal dan fungsi mental. Kami juga mengkaji kesan umum seperti kualiti hidup yang berkaitan kesihatan, khusus untuk kanser dan khusus lokasi kanser. Soal selidik untuk kualiti kehidupan khusus untuk kanser bertanya soalan yang penting untuk pesakit kanser secara umum, sebagai contohnya tentang kesakitan atau loya. Kualiti kehidupan khusus lokasi kanser diukur dengan soal selidik yang menanya wanita dengan kanser payu dara mengenai topik yang sangat penting untuk mereka, sebagai contoh tentang gejala payu dara atau imej badan. Kami hanya memasukkan soal selidik yang telah terbukti boleh dipercayai.

Kami mendapati 32 kajian yang melibatkan 2626 wanita. Kajian yang termasuk telah diterbitkan sehingga hingga Mac 2015. Tidak semua kajian mempertimbangkan semua kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku. Dengan menggabungkan hasil kajian ini mencadangkan bahawa senaman fizikal mungkin meningkatkan kecergasan fizikal dan mengurangkan sedikit keletihan. Kajian-kajian ini juga menunjukkan bahawa senaman fizikal mungkin menyebabkan sedikit atau tiada peningkatan dalam kualiti kehidupan khusus untuk kanser dan kemurungan. Senaman boleh meningkatkan fungsi mental dan meningkatkan sedikit kualiti kehidupan khusus lokasi kanser, walaupun kualiti bukti adalah rendah untuk kedua-dua hasil tersebut. Ia boleh menyebabkan sedikit atau tiada peningkatan dalam kualiti kehidupan berkaitan kesihatan, namun kualiti bukti adalah rendah untuk hasil ini. Kualiti bukti mungkin telah menjadi rendah kerana banyak kajian tidak mempunyai peserta yang mencukupi untuk memerhatikan perbezaan yang kecil. Tambah lagi, keputusan mungkin berat sebelah kerana orang yang menilai hasil kajian mengetahui peserta yang manakah berada dalam kumpulan kawalan.

Namun yang pentingnya, senaman fizikal tidak mencederakan kebanyakan wanita Tidak ramai wanita mengalami rasa tidak selesa atau kesakitan di tangan atau kaki mereka.

Apakah maksudnya?

Nampaknya senaman semasa rawatan kanser boleh membantu mengurangkan keletihan dan meningkatkan kecergasan fizikal. Ia mungkin menyebabkan sedikit atau tidak ada peningkatan dalam kualiti kehidupan khusus lokasi kanser dan kemurungan. Ia adalah tidak diketahui sama ada ia membantu untuk kesan sampingan yang lain. Sekurang-kurangnya sembilan kajian semasa akan membantu untuk menjawab soalan sama ada senaman membantu dengan kesan sampingan yang disebut dan kesan sampingan yang lain dan jika ya, berapa banyak senaman membantu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save