Ubatan herba Cina untuk merawat selesema

Selesema adalah penyakit saluran pernafasan akut yang paling meluas dan melibatkan semua peringkat umur. Di China, banyak ubat-ubatan herba Cina digunakan untuk merawat penyakit ini. Walaupun kami telah memasukkan 17 kajian yang melibatkan 3212 pesakit, tetapi dalam ulasan ini, risiko serong adalah begitu tinggi bahawa bukti-bukti yang terdapat tidak menyokong penggunakan herba Cina untuk selesema dalam mana-mana persediaan. Kajian-kajian klinikal yang mempunyai ciri-ciri yang baik adalah diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save