Rawatan-rawatan untuk merawat otitis eksterna akut, satu bentuk keradangan telinga yang juga dikenali sebagai telinga perenang

Otitis eksterna akut menyebabkan keradangan saluran telinga.Ia merupakan masalah klinikal yang selalu dihadapi dalam perkhidmatan perubatan umum.Ulasan ini menilai pelbagai bentuk ubat yang digunakan untuk merawat keadaan ini.Sembilan belas ujian-ujian rawak terkawal telah dimasukkan (3382 peserta). Kebanyakannya mempunyai kualiti yang rendah.Keputusan ulasan ini mungkin tiada kaitan sepenuhnya untuk penjagaan rawatan asas kerana kebanyakan ujian-ujian tersebut dilakukan di hospital, dimana lebih separuh daripada telinga yang terlibat mendapati pembersihan telinga dalam rawatan mereka (ini biasanya tidak boleh didapati dalam penjagaan rawatan asas).Walau bagaimanapun, ulasan ini mendapati rawatan topikal sahaja berkesan untuk merawat otitis eksterna akut.Terdapat sedikit pilihan daripada rawatan-rawatan topikal tersebut dari segi keberkesanannya.Walau bagaimanapun, apabila rawatan perlu dipanjangkan melebihi satu minggu, titisan asid asetik kelihatan kurang berkesan apabila dibandingkan dengan titisan antibiotik / steroid.Di samping itu, gejala-gejala klinikal didapati berterusan selama dua hari lagi bagi mereka yang dirawat dengan asid asetik.Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keberkesanan titisan steroid sahaja.Pesakit-pesakit yang dirawati dengan titisan antibiotik/steroid boleh mendapati gejala-gejala klinikal mereka berterusan selama enam hari lagi selepas rawatan dimulakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mohd Afiq Mohd Slim (Northern Ireland Medical and Dental Training Agency) (NIMDTA). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi chain1993@yahoo.com

Tools
Information