Jenis kateter, teknik penempatan dan penyisipan untuk mencegah jangkitan berkaitan kateter pada pesakit dialisis peritoneal kronik

Apakah isunya?

Orang yang mengalami kegagalan buah pinggang boleh dirawat dengan dialisis peritoneal di mana kateter dimasukkan secara kekal ke dalam peritoneum (lapisan sekitar isi perut) melalui dinding abdomen dan cecair steril disalirkan masuk dan keluar beberapa kali semalaman atau pada siang hari. Komplikasi serius yang paling biasa adalah jangkitan peritoneum - peritonitis. Ini mungkin disebabkan oleh kuman yang mungkin dimasukkan secara tidak sengaja melalui kateter ke dalam peritoneum yang mengakibatkan peritonitis.

Apakah yang kami lakukan?

Kami melakukan ulasan penulisan untuk meneliti kesan kaedah penyisipan kateter dan jenis kateter yang berbeza dalam pencegahan peritonitis pada pesakit PD.

Apakah yang kami dapati?

Kami mengenal pasti 42 kajian (3144 peserta) yang mengkaji kesan kaedah penyisipan kateter dan jenis kateter yang berbeza pada peritonitis. Risiko peritonitis tidak dipengaruhi oleh jenis kaedah penyisipan atau jenis kateter yang dimasukkan.

Kesimpulannya

Tidak ada bukti yang menyokong teknik penyisipan kateter tertentu atau jenis kateter dengan tujuan untuk mencegah peritonitis pada pesakit dialisis peritoneal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Pang Zhi Chiing (RCSI & UCD Malaysia Campus, kelas siswazah 2020). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save