Teknik untuk pembedahan caesarean

Pembedahan caesarean dilakukan untuk kedua-dua prosedur elektif dan mendesak dan kadarnya semakin meningkat. Komplikasi utama adalah kerosakan intraoperatif kepada organ, komplikasi anestetik, perdarahan, jangkitan dan tromboembolisme. Teknik-teknik yang diguna sangat berbeza. Bukti sedia ada dari kajian rawak terkawal mencadangkan teknik berasaskan Joel-Cohen (Joel-Cohen, Misgav-Ladach) mempunyai kelebihan jangka pendek berbanding kaedah Pfannenstiel (11 kajian) dan kaedah garis tengah rendah tradisional (dua kajian). Kehilangan darah, masa operasi, masa dari insisi kulit hingga kelahiran bayi, penggunaan ubat tahan sakit, masa untuk pengambilan oral dan fungsi usus atau pergerakan dan demam semuanya mengurang.

Penggunaan kaedah berasaskan Joel-Cohen boleh memperbaiki hasil jangka pendek dan penjimatan bagi sistem kesihatan tetapi data yang kukuh mengenai hasil jangka panjang (sakit, kesuburan, plasenta yang melekat dan ruptur rahim) selepas pelbagai teknik (termasuk dua lapis jahitan berbanding penutupan rahim satu lapis) diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information