Laksatif untuk rawatan buasir.

Gejala buasir adalah masalah perubatanyang biasadialami tetapi faktor yang menyebabkan terjadinya buasir ini masih tidak difahami sepenuhnya. Mengurangkan masalah sembelit dan peneranan berpanjangan mungkin memberi kesan terhadap gaya hidup dan ubat-ubatan yang digunakan sebagai rawatan untuk gejala buasir.
Ulasan sistematik ini menunjukkan laksatif dalam bentuk serat memberikan kesan yang baik dalam mengurangkan gejala-gejala buasir, terutamanya pendarahan. Pengurangan separuh daripada gejala buasir ini konsisten sehingga tiga bulan. Keputusan bagi gejala-gejala lain seperti buasir terkeluar daripada anus, sakit atau gatal-gatal tidak mendapat keputusan yang jelas daripada ujian yang terbabit.
Bilangan pesakit yang mendaftar dalam ujian agak kurang dan ini menunjukkan keperluan untuk ujian tambahan yang lebih besar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information