Ubat herba cina bagi merawat kesan sampingan kemoterapi di kalangan pesakit kanser kolon

Ubat herba cina digunakan secara meluas untuk mengatasi kesan sampingan kemoterapi di kalangan pesakit yang dirawat untuk kanser. Sehingga sekarang, tiada bukti yang jelas bahawa ubat herba adalah berkesan untuk perawatan ini. Kami telah membuat satu ulasan tentang potensi manfaat ubat herba cina di kalangan pesakit yang dirawat dengan kemoterapi untuk kanser kolon. Kami telah mengenal pasti empat kajian yang berkaitan, yang melibatkan seramai 342 pesakit, data yang dilaporkan adalah cukup. Kami membuat kesimpulan dari maklumat terhad yang ada bahawa, terdapat beberapa bukti tentang manfaat dari rebusan sebatian Huangqi. Berbanding dengan pesakit yang dirawat dengan kemoterapi sahaja, pesakit yang dirawat dengan kemoterapi dan rebusan Huangqi mempunyai kemungkinan yang rendah untuk mengalami rasa loya dan muntah atau sel putih rendah. Terdapat beberapa bukti yang mencadangkan bahawa rebusan itu juga merangsang sel-sel sistem imun, tetapi tidak ada kesan terhadap tahap antibodi di dalam darah. Kami tidak mendapati apa-apa bukti tentang kemudaratan daripada penggunaan rebusan Huangqi. Keputusan kami mencadangkan bahawa kajian lanjutan dalam skala yang lebih besar menggunakan rebusan Huangqi untuk pencegahan kesan sampingan berkaitan dengan kemoterapi diperlukan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save