Tekanan akhir ekspiratori positif untuk bayi pramasa yang memerlukan ventilasi mekanikal konvensional bagi sindrom distres respiratori atau displasia bronkopulmonari

Soalan ulasan: bagaimana tahap tekanan akhir ekspiratori (PEEP) yang berbeza, atau pelbagai pendekatan untuk memilih tahap PEEP, bandingan kesannya dalam kalangan bayi pramasa dengan sindrom distres respiratori (RDS) atau displasia bronkopulmonari (BPD)?

Latar belakang: ibayi yang lahir pramasa (sebelum 37 minggu gestasi) sering mengalami kegagalan respiratori dan memerlukan sokongan perubatan untuk mencapai pertukaran gas pulmonari yang cukup (mengeluarkan karbon dioksida dari darah dan menambah oksigen). RDS dan BPD adalah komplikasi bayi pramatang yang menjelaskan kegagalan respiratori awal (RDS) dan lewat (BPD) akibat kelahiran pramasa. Ventilasi mekanikal konvensional (penggunaan mesin pernafasan) berikutan intubasi endotrakeal (perletakan tiub pernafasan di dalam tenggorok) adalah terapi lazim diguna untuk kedua-dua komplikasi. Walaupun terapi ini dapat meningkatkan pertukaran gas pulmonari dan membawa manfaat, ia boleh mencederakan paru-paru dan menyebabkan mudarat. Pertukaran gas dicapai oleh beberapa tetapan ventilator yang membantu kitaran udara yang dipanaskan, dilembapkan dan (kadang-kadang) udara yang diperkaya oksigen ke dalam dan ke luar paru-paru. Salah satu daripada tetapan ini dipanggil PEEP, yang merupakan tekanan pengembangan berterusan yang diaplikasi sepanjang kitaran pernafasan. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan paru-paru terbuka, membolehkan semua kawasan paru-paru menjalani pertukaran gas. Walaupun penggunaan PEEP secara amnya diterima, adalah tidak jelas tahap PEEP manakah memaksimumkan manfaat sementara meminimumkan kemungkinan mudarat. Tahap PEEP yang sesuai juga boleh dicapai dengan pendekatan individu di mana tahap PEEP yang baik ditentukan untuk setiap pesakit.

Ciri-ciri kajian:kami mengatur kajian kami untuk membandingkan kesan tahap rendah dengan tahap PEEP tinggi, yang kami definisikan sebagai: kurang daripada 5 cmH 2O (rendah) berbanding 5 cmH 2 O atau lebih besar (tinggi). Hasil utama kami adalah kematian keluar hospital (untuk RDS) atau umur dua tahun (untuk BPD) dan kekuranagn perkembangan-neuro (masalah dengan pertumbuhan dan perkembangan otak atau sistem saraf pusat) pada usia dua tahun. Kami mengenal pasti empat kajian. Dua kajian dengan 28 bayi membandingkan tahap PEEP yang berbeza dalam kalangan bayi dengan RDS. Dua kajian dengan 44 bayi membandingkan pendekatan untuk memilih tahap PEEP secara individu. Pendekatan yang dibandingkan adalah: rutin, amalan biasa (kawalan) berbanding “maneuver perekrutan paru-paru." Dengan maneuver ini, penyelidik perlahan-lahan meningkatkan dan kemudian menurunkan tahap PEEP sambil mengawasi peningkatan pengoksigenan untuk membimbing pemilihan tahap PEEP. Bukti adalah terkini sehingga 14 Februari 2018.

Keputusan utama: dua kajian membandingkan tahap PEEP yang berbeza dalam RDS tidak melaporkan sebarang hasil penting pesakit. Kajian-kajian yang membandingkan kesan jangka pendek terhadap pelbaga tahap PEEP terhadap pertukaran gas pulmonari, dan mendapati tiada perbezaan di antara tahap PEEP rendah dan tinggi. Kedua-dua kajian yang membandingkan maneuver perekrutan paru-paru untuk mengawal laporan discaj hospital atau pembentukan BPD dan tidak mendapati perbezaan yang jelas di antara kumpulan. Walau bagaimanapun, kajian-kajian mencadangkan bayi yang menerima maneuver mungkin memerlukan kurang masa untuk ventilasi mekanikal konvensional dan pengoksigenan yang lebih baik untuk tempoh selepas maneuver. Kualiti bukti untuk keputusan ini adalah rendah kerana kajian-kajian adalah kecil dan terdedah kepada bias akibat batasan dalam kaedah kajian.

Kesimpulan: Panduan berasaskan bukti untuk pemilihan tahap PEEP dalam kalangan bayi pramasa kekal terhad. Kami tidak dapat membuat cadangan untuk amalan klinikal berdasarkan penemuan kami. Ulasan ini harus menimbulkan kesedaran tentang kurangnya bukti penyelidikan berkualiti tinggi untuk membimbing pemilihan tahap PEEP dalam kalangan bayi pramasa dan menggalakkan penyelidikan lanjut. Penyelidikan tambahan menilai pergerakan manuver paru-paru sebagai satu pendekatan untuk memilih tahap PEEP secara individu akan sangat berharga, memandangkan penemuan kami mungkin tetapi tidak menentu dengan pendekatan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Amanda Yap Qiao Ying (Hospital Pulau Pinang). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi amandayapqy@gmail.com

Tools
Information